Inilah RAHSIA Di Bilik Hotel Yang Pekerja Hotel Tak Akan Beritahu Anda. Jangan TERKEJUT !!! | Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
Oleh
kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau
kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak
sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami
cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut
anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas
di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan.
Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya
mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang
ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada
yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu
digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan
plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air
panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah!
Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best
bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam
satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui
yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya,
beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m
tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut.
Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit
cecair masih ada.
Tambahnya
lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek
sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang
apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak
kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa
sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik,
letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi
anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara
paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam
bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika
anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman.
Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau
itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong
Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang
agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki,
staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air
yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya.
Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di
bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di
bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala
Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai
kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar
di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
Sumber: kekitamedianetwork
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :