KUCHING: Tertuduh Roy Rajig, 28, hanya menundukkan kepalanya apabila
Mahkamah Sesyen Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun
dan 16 sebatan terhadapnya di atas jenayah merogol ibu kandungnya pada
19 Februari lalu.
Hakim Amernudin Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut Roy, seorang
penganggur, yang mengaku bersalah di atas dua pertuduhan rogol yang
dibacakan di hadapannya.
Terdahulu, Amerudin menyatakan, jenayah tersebut di putuskan mengikut
Seksyen 376B(1) kerana merogol ibu kandung sendiri yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.
Roy dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kediamannya di Batu
24, Jalan Kuching-Serian antara jam 1.10 pagi hingga 1.20 pagi 19
Februari lalu.
Menurut fakta kes, tertuduh bertindak merogol ibunya ketika mangsa
sedang tidur di dalam bilik sebelum kejadian keji berkenaan disedari
adiknya yang berada di bilik bersebelahan.
Roy cuba menghalang ibunya dari menjerit dengan menutup mulut mangsa menggunakan bantal.
Roy cuba menghalang ibunya dari menjerit dengan menutup mulut mangsa menggunakan bantal.
Adik Roy yang terdengar jeritan suara ibunya terus pergi ke bilik
terkejut melihat abangnya merogol ibu mereka yang berusia dalam
lingkungan 50-an kemudiannya bertindak menumbuk tertuduh yang ketika itu
masih berada di atas badan mangsa.
Mahkamah juga telah menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 23 Februari 2015. - Sarawakiana
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :