KUALA LUMPUR: “Saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali sebelum melihat serpihan besi pencangkuk kren terjatuh dan menghempap kereta Perodua Kelisa di depan saya”, demikian menurut seorang saksi kejadian seorang pemandu wanita yang maut akibat dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan, di sini malam tadi.
Pemandu
yang hanya mahu dikenali sebagai Elizabeth, 34, berkata ketika kejadian
beliau sedang memandu selang beberapa kenderaan di belakang kereta
mangsa dan sempat mengelak daripada turut terlibat dalam insiden pada
7.20 malam itu.
“Saya
nampak orang ramai bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat
sebahagian besi kren jatuh dan menghempap kereta Kelisa itu,” katanya
ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di sini, malam tadi.
Beliau
berkata pemandu lain sempat mengelak dan menyelamatkan diri
masing-masing, namun pemandu Kelisa tersebut tidak sempat menyelamatkan
diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Sementara
itu, seorang penunggang motosikal Hafiz Zakwan, 29 yang turut
menggunakan laluan itu, memanjatkan kesyukuran kerana tidak terlibat
dalam kejadian malang tersebut.
“Saya
berharap pihak pengurusan pembinaan ini akan lebih berhati-hati dan
mengutamakan keselamatan semasa melakukan kerja pembinaan,” katanya.
Dalam
kejadian 7.20 malam tadi, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau
Pinang maut akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram
yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan di
Jalan Raja Chulan itu.
Menurut polis mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.
Wanita berkenaan yang berpakaian pejabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Wanita berkenaan yang berpakaian pejabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Mayat
dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat
mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.
Sumber: kekitamedianetwork
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :