Penyanyi pop legenda Indonesia, Eddy Silitonga, 65, meninggal dunia pada kira-kira jam 12.05 tengah malam semalam.
“Ya, beliau meninggal dunia pada jam 00:05 [a.m.],” kata salah seorang anak lelaki Eddy, Mario.
Eddy
terkenal dengan lagu Bunga Tanjung dalam kalangan peminat di Malaysia.
Dua minggu lalu, penyanyi kelahiran Pematang Siantar itu dibawa ke
sebuah hospital di Jakarta Selatan kerana mengalami masalah pernafasan
dan kadar gula dalam darah yang rendah.
Eddy
turut mengalami masalah jantung dan kencing manis. Penyanyi yang
terkenal dengan lagu Mama dan Ayah dilaporkan meninggal dunia pada 11
Ogos.
Bagaimanapun,
ahli keluarganya membuat penafian dengan berkata, Eddy masih dalam
keadaan baik. Majlis pengebumian dijangka diadakan pada Sabtu ini di
Tanah Perkuburan Kristian di Jakarta Selatan.
Sumber: dawaikenyal
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :