Berita

Bayi Dirogol Bapa Tiri Sehingga Terkoyak Kemaluan


THAILAND - Seorang bayi perempuan berusia setahun setengah dirogol dan didera sehingga patah tulang di beberapa bahagian badan menggemparkan masyarakat Thailand.

Bai Bua, 1, dirogol oleh bapa tirinya sehingga kemaluan terkoyak. Mangsa juga patah tulang di dua tempat, badan melecur dan mulutnya bengkak serta melecur kerana dipaksa minum air panas oleh ibunya. 

Ekoran itu, polis telah menahan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.

Piya Phosang, 21, mengaku telah merogol mangsa dan melakukan serangan sehingga mendatangkan kecederaan yang parah. Ibunya, Nit, 21, warga Kemboja juga didakwa mendera anaknya itu sehingga cedera parah.

Lapor media tempatan, Piya Phosang mengatakan bahawa dia waras ketika melakukan perbuatan keji dan mendera mangsa tanpa sebarang pengaruh dadah. Piya mengaku yang dia memerlukan seks dan hanya berhenti apabila mangsa mula menangis. Dalam masa yang sama, pasangan terbabit telah memohon maaf di atas kesalahan mereka itu. 









Siasatan pihak hospital mendapati, mangsa patah tulang tangan kanan, patah tulang peha kaki kiri, kemaluan terkoyak, mulut melecur dan bengkak kerana kerap dipaksa minum air panas. 

Menurut Nit, sebelum kejadian pada Khamis lalu, dia telah keluar membeli makanan tengah hari. Namun apabila pulang ke rumah di tapak pembinaan di Sri Racha, Chonburi, dia mendapati kemaluan bayi perempuannya itu cedera dan mengeluarkan darah. 

Ahad lalu, pasangan terbabit bertelagah. Nit mendakwa, lelaki itu telah memijak perut dan menggenggam kepala mangsa sebelum menghempasnya ke lantai. Lelaki itu kemudian memegang tangan mangsa dan menariknya sehingga patah. Nit berjaya melarikan diri bersama bayinya namun tidak membawa bayi itu ke hospital. 

Pada Selasa, mangsa tidak berhenti menangis. Nit kemudian memberikan mangsa minum air yang mana air panas dicampur dengan air sejuk dalam botol. Bagaimanapun, Nit menyedari mulut anaknya itu mula membengkak dan terdapat kesan merah di dada bayi itu lalu segera membawanya ke hospital. Nit memberitahu pihak hospital bahawa dia tidak sengaja memberi anaknya minum air panas. 

Ketua Polis Daerah Chonburi, Amphob Buarapporn berkata, mangsa telah dipindahkan ke Hospital Chonburi. Doktor memaklumkan bahawa harapan untuk hidup adalah tipis. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.