Assalamualaikum wbt....
Bacaan untuk suami isteri sahaja :Apakah jenis pelukan yangmenenangkan? | Rasanya cikla ada sharepasal peluk peluk sebelum ni kan. Nak baca? Klik SINI. Haaaa.. Ni cikla nak sharesikit lagi. Tapi ingat, ni untuk yang dah berkahwin je tau. Yang belum tu, kena kawin dulu. Tapi kalau nak baca just untuk pengetahuan dan persediaan untuk masa depan, ok kot... Hehe....
Sebenarnya, pelukan ni akan memberikan kita rasa hangat, nyaman dan aman, di samping kekuatan jugak. Ia umpama jadi sebagai tempat kita berlindung dan memberi rasa tenang terutama kalau berhati gundah. Ada beberapa jenis pelukan yang orang cakap akan bagi kita ketenangan... Jom baca...
Pelukan sayang akan menjadikan kita rasa tenang je. Nak nak pulak kalau kita tengah stress atau berhati walang. Ceewahhh... Ayat.. . Hehe... Berpeluklah dengan pasangan kita dan biarlah dia memberi kita pelukan yang melindungi badan dan kepala kita. Kiranya rangkul habislah....
Pelukan sebelum tidur, kalau korang nakkan tidur yang lena. Saling berpelukan sambil berguran sebelum korang terlena. Genggamlah tangan pasangan korang, tapi jangan lupa baca doa tidur tau.
Image credited to google. |
Pelukan erat merupakan pelukan yang menunjukkn semuanya dalam keadaan baik baik aje. Ia kadang kala membawa maksud kita tak nak kehilangan dia dan rasa rindu teramat sangat.
Pelukan di ruang tamu pula adalah dengan cara kita memilih posisi saling duduk di sofa sambil merangkul tangan dan pinggang pasangan. ambil sambil tu, tengok tv... Hehe... Romantik kan??
Pelukan memang akan mengurangkan rasa tekanan. Itu memang cikla mengakuinya. Kalau kita tengah stress atau risaukan sesuatu, datang suami peluk kita, rasa macam ketenangan tu datang sendiri. Tak percaya? Cubalah dengan pasangan anda ye. Tapi pastikan yang dah berkahwin aje.
Oklah semoga semakin erat perhubungan kita dengan pasangan memasing dan sentiasa diredhai olehNya. inshaAllah... Sekian dulu wassalam....
Oklah semoga semakin erat perhubungan kita dengan pasangan memasing dan sentiasa diredhai olehNya. inshaAllah... Sekian dulu wassalam....
Sumber : Ruangan Info sihat.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :