Sensasi

10 KESILAPAN DALAM POLIS EVO, NO 9 TU PALING MEMALUKAN !

Semua tahu yang filem Polis EVO adalah
filem terbaik sepanjang tahun 2015 dan merupakan filem tempatan dengan
kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta
yang mula ditayangkan 17 September 2015 di seluruh pawagam tanah air dan
sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.
Memandangkan
filem ini mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman dan ramai yang
bercerita tentang kehebatan filem lakonan mantap Zizan Razak danShaheizy
Sam ini, sudah pasti filem ini mendapat perhatian umum.
Tetapi, tahukah anda filem Polis EVO ini mempunyai kesilapan yang agak ketara dan dengan kata lain, tidak logik.
1)
Khai melompat di tempat yang sangat sempit – Khai melompat ke arah
hadapan kereta dengan jarak yang agak jauh tetapi tidak mengenai kereta
tersebut.

2)
Monopod serta handphone Khai ghaib – Selepas membunuh semua penjenayah,
Khai keluar dari kawasan tersebut dengan melenggang dan tangan tidak
memegang apa-apa, sampai di luar kawasan tersebut tiba-tiba Khai
menyerahkan monopod bersama handphone’nya kepada anggota nya yang berada
di luar.
3)
Inspektor Sani bertugas di kampung sendiri – Agak pelik dan tidak
munasabah bagi seorang anggota polis yang berpangkat Inspektor terus
bertugas di negeri kelahiran sendiri (Terengganu), lebih-lebih lagi
berdekatan dengan kampungnya sendiri. Biasanya, anggota Polis akan
bertugas luar dari negeri sendiri sekiranya baru bertugas. Inspektor
Sani mungkin baru bertugas sekitar 4 hingga 5 tahun kerana pangkat masih
Inspektor dan usianya yang masih muda.
4)
Pegawai Polis simpan baju seragam dan barang-barang peribadi dalam
locker – Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor seperti
Inspektor Sani dan Inspektor Khai mempunyai bilik pejabat mereka
tersendiri. Inspektor Khai adalah seorang detektif yang membantu tugas
Inspektor Sani sudah pasti beliau tidak memerlukan locker untuk
menyimpan baju seragam.
5)
Pegawai Polis ditembak bertalu-talu di bahagian dada tetapi cedera
sahaja – Keempat-empat anggota polis di hospital ditembak dengan
berdas-das peluru di bahagian dada, tetapi dilaporkan cedera sahaja.
Hebat!
6)
Kereta bergerak sendiri tanpa pemandu – Kereta proton Preve yang
mengejar penjenayah terbalik apabila melanggar kereta rakannya sendiri,
yang peliknya kereta tersebut tiada pemandu. Mungkin pemandu sempat
keluar dari kereta tesebut?
7)
Tangan Khai kalis asid – Semasa Khai memutuskan tali yang digunakan
penjenayah mengikat tanggannya menggunakan asid sulfurik, asid tersebut
sudah pasti terkena tangannya. Namun, hanya tali tersebut sahaja yang
putus dan tangannya tiada cedera langsung!
8)
Telefon tanpa wayar – Telefon di pondok atau markas pemprosesan dadah
berdering semasa polis menggeledah kawasan tersebut. Telefon tersebut
tidak memerlukan wayar memandangkan pondok tersebut di tepi laut dan
tiada sebarang tiang telefon di kawasan tersebut.
9)
Serbuan besar-besaran hanya memerlukan 4 anggota sahaja – Selepas
serbuan pertama tidak berjaya bersama-sama Unit Tindakan Khas (UTK),
Inspektor Khai dan Sani membuat serbuan sekali lagi dengan hanya bantuan
2 anggota sahaja.
10)
Bom meletup bawah sampan – Bom yang diletakaan oleh Inspektor Sani dan
rakannya di bawah sampan penjenayah meletup sebaik sahaja sampai di
darat. Bom tersebut diletakkan di bawah sampan, tetapi sampan tersebut
kekal sempurna dan tidak bergoyang sebaliknya bom tersebut meletup di
atas sampan.
credit TEHPANAS – Tahniah kepada filem Polis EVOkerana
berjaya mengutip kutipan tertinggi dan diharap Polis EVO 2 nanti dapat
memperbaiki slot dan kesan khas (CGI) walaupun nampak remeh.
Sumber : Oh Bulan.net

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.