(**)Tahukah anda bahawa rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk sempurna? Sesetengah orang sukar untuk melelapkan mata dan adanya mengalami sakit tengkuk kala bangun dari tidur.
(**)Ia berpunca dari masalah bantal yang semakin menipis atau tidak lagi empuk seperti baru.Tip menjadikan bantal tidur kembali empuk agar tidur anda lena dan nyenyak sepanjang malam.
(**)Kaedah Bola Tenis
(**)Jika anda memilih untuk mengeringkan bantal yang siap dicuci ke dalam mesin pengering, ia boleh mengembalikan keempukkan bantal. Caranya adalah dengan memasukkan sebiji bola tenis ke dalam sehelai stokin tipis dan ikat stokin tersebut untuk mengelakkan bola tenis itu dari terkeluar. Masukkan bola tenis yang telah dimasukkan ke dalam stokin tersebut ke dalam mesin pengering bersama bantal anda untuk mengembalikan keempukkan fiber bantal tersebut.
(**)Kaedah Sinaran Matahari
(**)Hakikatnya, setiap orang akan berpeluh kala tidur malam. Hasilnya, ia akan menyebabkan bantal menjadi lembap. Jika anda mula sedar bantal anda menjadi semakin menipis, letakkannya di bawah cahaya matahari untuk beberapa jam. Selaran terik mentari mampu menyejat lembapan dalam bantal sekaligus membuatkan bantal kembali empuk.
(**)Kaedah Menggunakan Tangan
(**)Setiap kali sebelum dan selepas tidur, pastikan anda menggunakan kaedah ini untuk pastikan bantal sentiasa empuk sempurna. Pegang di kedua-dua bahagian tepi bantal dan lakukan pergerakan menarik serta menolak ke bahagian tengah bantal. Tumbuk bantal di bahagian sisi tepi. Squeeze bantal untuk pastikan kekabu bantal sentiasa empuk dan rata di setiap penjuru bantal. Sumber: http://ift.tt/2a4HsuG
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :