Sensasi

Sebak.. Inilah Pesanan Terakhir Allahyarham Tok Guru Sebelum Meninggal Dunia




SIK -" Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH," demikian kata salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa.

Anak sulung,Zubir Salleh,52,berkata,Allahyarham turut berpesan kepada masyarakat agar tidak lupa membuat kebajikan kepada dirinya.

"Selain pesanan jaga hubungan dengan ALLAH, tuan guru pesan untuk buat kebajikan kepadanya sama ada sedekah bacaan Al-Quran atau amal kebajikan lain,"katanya kepada Sinar Harian malam tadi.

Katanya,tokoh ulama cukup disegani itu mula tidak sedarkan diri pada tengah hari semalam sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.15 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Sementara itu,orang ramai diberi peluang menziarahi Allahyarham di rumahnya, di Madrasah Ar-Rahmaniah sehingga jam 10 pagi ini.

Sehingga kini,lebih 15,000 masyarakat membanjiri madrasah berkenaan sejak malam tadi selepas berita kematian ulama terkemuka itu tersebar luas.

Solat jenazah dijadual jam 11.30 pagi tadi.



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.