Datang pergi job, naik kereta Viva, isi minyak RM20, beli air mineral satu RM1. On the way nak breakfast dulu. Nasi kerabu + nescafe tarik. RM5 + RM2 = RM7.
Selesai shoot, nak berjimat makan nasi kenduri di rumah pengantin + air sirap. Selamat RM10.
Selesai shoot, nak pergi outdoor pula. Pengantin ajak shoot jauh sikit. Tambah sikit duit minyak sendiri. RM10 terbang lagi.
Topup sikit kredit handphone RM10 + beli air 100 Plus RM2.50, buat hilang penat shoot outdoor.
Wife sms, minta tolong belikan pampers dan susu anak yang dah habis. Pek 52 pampers RM33.70 + RM20.10 bagi 600 gram susu yang tak tahan sampai seminggu.
Teringat anak-anak dan isteri di rumah mungkin tak makan apa-apa lagi. Cari jajan Choki-Choki RM1.70. Beli dua pek + cari nasi bungkus, nasi goreng kampung telur mata, 2 bungkus buat makan malam. Air bancuh sendirilah di rumah. RM6.50 x 2 = RM13.
Alang-alang rokok dah tinggal 2-3 batang, belilah rokok cap haram RM5 sekotak x 2 = RM10 untuk stok seminggu. Yang tak merokok, jimatlah RM10.
Singgah sebentar di kedai komputer beli pendrive USB nak copy gambar pengantin RM30.
Total perbelanjaan dalam satu hari selepas menerima payment RM160.70, tinggallah baki RM139.30.
Keesokan harinya wife kata, "Haa! Semalam dapat payment kan? Bang, jomlah pergi pasar beli ketam ke, sotong ke, nak makan best sikitlah."
"Alamak!" dalam hati.
Ketam 1kg RM40, sotong 1kg RM30, barang dapur itu ini yang lain, RM10 dan jumlah keseluruhannya RM80. Tinggallah baki RM59.30 untuk menunggu job yang seterusnya pada minggu depan. Tak pasti lagi entah dapat entah tidak. Lusa mungkin RM59.30 itu dah pun habis digunakan.
Teringat penat seharian bekerja, tinggal anak-anak hari cuti, simpan sikit dalam tabung mereka seorang RM5. Kasih ayah seada semampunya, total RM10. Baki lagi RM49.30.
Belek-belek kamera, getah body kamera dah nak tertanggal. Kalau repair, mahu cecah kos RM400. Nak hantar ke centre, kena turun ke Kuala Lumpur. Alamak? Tol, minyak, masa, cikai-cikai mahu juga RM300. Fuh! Mana nak cari RM700 ni? Saving ada Rm49.30 saja.
Soalnya bukan RM49.30 itu sikit tetapi penat RM300 itu untuk photographer zaman sekarang shoot adalah tidak/kurang berbaloi. Yang bujang mungkin ya, yang berkeluarga? Mereka cukup-cukup untuk survival sahaja. Itulah kadang-kadang ada photographer yang tidak sanggup buat atau ambil job pada hari-hari kritikal penting, contohnya raya, dengan nilai serendah itu ditawarkan kepada mereka. Lebih baik beraya atau bersama keluarga.
Kalau ada photographer yang tak sanggup menerima job RM300 itu, bukan bermakna tolak rezeki atau sombong. Tetapi kalau boleh sewa baju RM500, boleh sewa pelamin RM1,000, kenapa satu orang manusia yang bekerja dan mencari angle terbaik ini tidak boleh dibayar dengan bayaran yang lebih setimpal untuk perniagaan mereka dan demi foto anda hingga ke hari tua?
Ingat, bukan hari-hari ada wedding job. Cuma seminggu sekali atau paling maksima pun 2 kali dengan kapasiti dua tangan, dua mata dan satu badan. Jika mereka caj lebih dari nilai RM300 itu, biasalah semua dah ada dalam perkiraan atas kapasiti perniagaan, bukan kapasiti tolong-tolong.
Orang ingat kita kaya sangat. Tapi tak tahu betapa berusaha dan penatnya kita walaupun hanya petik kamera. Inilah kehidupan seorang photographer yang cuba survive dalam kehidupan. Bukannya kaya seperti yang orang kebanyakan orang. - Terengganu's Wedding Photographer | PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :