PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan pemeriksaan vaksin di sekolah mulai bulan depan, lapor Free Malaysia Today.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, melalui program itu pihaknya akan mengenalpasti anak-anak yang belum mengambil sebahagian atau kesemua vaksinasi yang diperlukan.
"Dalam bulan pertama latihan ini, rekod imunisasi kanak-kanak Darjah Lima perlu diserahkan kepada pihak sekolah. Selepas itu, hanya murid-murid Darjah Satu dan Darjah Empat akan diperiksa.
"Sekarang ini, kita jalankan ujian darah dan vaksinasi ke atas pelajar perempuan Tingkatan 1. Saya minta KPM supaya menjalankan pemeriksaan ke atas pelajar lelaki juga.
"Semua ini selaras dengan usaha mencari mereka yang belum mendapat vaksinasi yang diperlukan. Ini adalah salah satu daripada langkah yang kami ambil dan kami percaya pemeriksaan lebih mudah dijalankan di sekolah-sekolah berbanding pemeriksaan untuk masyarakat umum," katanya.
Jelas Subramaniam lagi, sekiranya terdapat kanak-kanak yang belum mendapat vaksinasi yang diperlukan, KKM akan menasihati ibu bapa mengenai langkah-langkah yang perlu diambil seperti penggantian suntikan.
Bagaimanapun, KKM akan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani golongan ibu bapa yang menentang vaksinasi dengan memberikan kaunseling agama dan saintifik. - PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :