Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid ketika dihubungi hanya mengesahkan mengenai penahanan pelakon dan pelawak berusia 40-an itu.
Sementara penahanan 13 individu lain itu tiada pengesahan dibuat setakat ini.
Ujar Roslan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui sejauh mana penglibatan suspek dan sindiket dalam kegiatan ini.
“Pelakon dan pelawak itu ditahan di rumahnya di Cyberjaya, kira-kira pukul 2 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati kegiatan ini bukanlah dilakukan secara berseorangan tetapi secara bersindiket. Jadi kita perlu menjalankan siasatan lebih lanjut mengenal pasti individu lain yang turut terlibat.
“Setakat ini, kita reman dahulu pelakon dan pelawak terbabit selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Satu sidang akhbar berhubung kes tersebut akan diadakan esok.
Sumber: Utusan
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :