Sensasi

Jangan Didik Anak Remaja Dengan Garang


Ini anak sulung saya Irfan. Tahun ini ambil PT-3. Alhamdulillah, Irfan memang menjaga solatnya. Tak perlu sentiasa saya mengingatkannya. Sesekali kalau dia ikut catering pun, dia akan menjaga solatnya.

Ini gambar curi, tersentuh hati saya melihat gambar ini. Moga Irfan menjadi anak yang soleh. Doakan anak kita, sayangi dia seadanya. Irfan hero saya dan menjadi kawan saya. Dah besar dah anak ayah. 

Dia pernah mendapat nombor satu dalam kelasnya. Dia pernah menangis kerana dapat nombor terakhir dalam peperiksaannya. Saya angkat tangannya bila dia jatuh. 

TIPS MENJADI ANAK REMAJA LELAKI

1. Tak boleh garang memanjang dengan mereka. Jadikan mereka sebagai kawan.

2. Mereka kurang pandai mengurus dan mengatur kehidupan mereka. Rancang kehidupan mereka dari awal dan tentukan sasaran jangka masa pendek dan panjang mereka. 

3. Berikan tanggungjawab kepada mereka. Mereka akan belajar memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki. 

4. Selalu berikan nasihat melalui tauladan agar mereka dapat melihat depan mata. 

5. Jangan terlalu memberikan kebebasan untuk membuat keputusan. Mereka remaja selalunya akan membuat keputusan mengikut emosi. Jaga pergerakan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu berkawan dengan kawan-kawan anak kita. 



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.