Berita

Ingat Kami Dalam Doa Kamu

UIUE
Ingat Kami Dalam Doa Kamu|Misteri Penemuan Mayat tiga beranak yang ditemui mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Samarahan, malam Selasa lalu masih belum menemui titik terang tentang punca kematian.
Perkara itu menjadi berlapis apabila ketiga mayat belum dibedah siasat berikutan pakar patologi di Hospital Umum Sarawak (HUS) kini berada di luar negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata pakar patologi terbabit dijangka tiba di Kuching, petang esok. Berikutan itu, katanya, bedah siasat tiga mayat berkenaan dijangka hanya dapat dijalankan malam esok. “Pakar patologi HUS ada tugas di luar Kuching, Jumaat (esok) akan balik,” katanya
Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak kini mengambil alih siasatan kes ini , dengan siasatan turut menjurus kepada perlakuan jenayah dalam kes penemuan mayat tiga sekeluarga ini.
Sebelumnya pada 17 julay 2016 mangsa Rohana Mohamad , 37 sempat memuat naik status seolah pertanda sebagai pemergiannya,dalam status tersebut mangsa meminta maaf bagi yang mengenali dirinya dan memohon mengingat mereka dalam doa.
OKOSL
Diketahui Mayat ibu terbabit , Rohana Mohamad , 37, ditemui tergantung di dalam tandas di rumah tersebut , manakala dua anaknya , Adam Hadiman Noorahman , 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman , 4 dijumpai di dalam bilik tidur .
Difahamkan mangsa tidak tinggal bersama-sama suaminya sejak setahun lebih dan sedang dalam proses perceraian
Sementara itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Masli Jalir , 55 , memberitahu mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum hari kejadian.


“Malah sewaktu kunjungan Aidilfitri baru-baru ini , mangsa dan kedua-dua anaknya seperti biasa , gembira dan tidak menunjukkan tanda-tanda pelik.
Sumber: eberita

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.