Buah-buahan dengan rasa lazat ini rupanya mengandungi banyak manfaatnya. Salah satunya adalah menurunkan berat badan yang berlebihan. Seorang lelaki di Jepun yang bernama Hitoshi Watanabe telah membuktikan bahawa dengan minum air kosong dan makan pisang boleh membantunya menurunkan 18 kg hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.
Lelaki berusia 31 tahun ini mencuba diet yang disarankan oleh isterinya tersebut. Selepas berjaya menjalani diet air kosong dan pisang tersebut dia kemudiannya menulis pengalamannya di internet dan akhirnya menjadi viral di Jepun. Permintaan pisang pun semakin meningkat kerana kejayaan lelaki ini menurunkan berat badan sehingga 18 kg.
Diet ini turut menjadi sangat popular di Jepun kerana tidak perlu bersusah payah menukar pola pemakan secara keseluruhan. Yang perlu anda lakukan hanyalah makan pisang dan air kosong ketika sarapan pagi sahaja. Mudah bukan? Berikut ini pelan pemakanan untuk diet super efektif ini.
Untuk makan tengah hari anda boleh mengambil menu seperti biasa. Namun alangkah baiknya jika mengimbanginya dengan makanan berserat dan berkhasiat. Satu perkara yang perlu diingati semasa makan tengah hari adalah jangan makan sampai kekenyangan.
Untuk makan malam anda boleh makan menu kegemaran anda, namun yang perlu diperhatikan adalah jam waktu makan. Masa terbaik untuk makan malam adalah pukul 6 petang. Jangan makan di atas dari pukul 8 malam. Jika rasa lapar ketika tengah malam anda boleh mengalas perut dengan buah-buahan atau yogurt.
Itulah tiga kaedah penting yang harus dipatuhi untuk hasil optimum daripada diet sederhana ini. Jangan lupa juga untuk memperbanyakkan minum air kosong untuk mempercepatkan metabolisma tubuh. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya!
sumber
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :