KUCHING: Hasil siasatan lanjut terhadap kes tiga beranak yang dipercayai membunuh diri dan ditemui di dalam rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan, malam tadi, pihak polis kini klasifikasikan ia adalah kes bunuh, lapor Berita Harian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, berdasarkan perkembangan terbaru ini pihak polis kini menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bukannya kes kematian mengejut (SDR) seperti laporan awal.
Menurut beliau, polis kini sedang meneliti laporan awal perubatan bagi membantu siasatan kes berkenaan termasuk mengenal pasti punca sebenar kematian.
"Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak kini mengambil alih siasatan kes berkenaan, dengan siasatan turut menjurus kepada perlakuan jenayah dalam kes penemuan mayat tiga sekeluarga ini," katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian malam tadi, mayat si ibu ditemui tergantung dalam tandas di rumah berkenaan, manakala kedua-dua anak lelakinya, ditemui dalam bilik tidur, dengan keadaan bibir kehitaman dan hasil awal menemui botol cecair peluntur di sisi mayat dua kanak-kanak lelaki itu di mana polis tidak menolak kemungkinan kes bunuh diri.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern telah menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kes ini kerana gagal menemui tanda-tanda pergelutan. - Siakapkeli.my
Laporan Awal: Akibat Kesempitan Hidup, Ibu Dipercayai Beri 2 Orang Anak Minum Cecair Peluntur Sebelum Gantung Diri
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :