Sensasi

'Duit Raya Kami, Hak Mama & Abah' - Azreen


Susulan viral di media sosial yang mengatakan bahawa adalah haram ibu bapa menggunakan duit raya anak untuk membeli spoiler, sport rim dan yang sewaktu dengannya, tampil seorang jejaka berpakaian kemas memberikan pandangannya. 


Tahun ini kecoh pula 'Haram Mak Pak Guna Duit Raya Anak'. Seingat sayalah, dari kecil dulu bila dapat saja duit raya, kami berikan pada mama dan abah saja. Tak pernah tanya pun akaun mana, berapa duit kami, malah tak pernah claim pun. 

Kami anak-anak mama dan abah, hak mama dan abah (hakikatnya hak Allah). Makanya duit kami adalah hak mama dan abah kami juga. Pedulilah mama dan abah nak buat apa pun dengan duit raya kami sebab mama dan abah kami bukannya orang kaya. 

Abah masa mula-mula dulu bekerja di kilang saja, dengan gaji RM400. Mama pula suri rumah sepenuh masa. Apa saja duit kami yang mama abah guna, kami halalkan. 

Sebenarnya nak kata halalkan pun tak layak sebab kami anak mama dan abah. Takkan terbalas jasa, penat, lelah dengan duit ringgit dari melahirkan sehinggalah kami dewasa. 

Untuk anak-anak kami pula, inshaAllah kami akan cuba berikan yang terbaik. Untuk abah yang dirindui, Allahummagh fir lahu.. warhamhu.. waa'fihi.. wa'fua'nhu.. - Azreen Mohd Nasir | PIXEL MEDIA
Sumber:http://ift.tt/1LIr1Tq


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.