
Kata pelakon wanita itu, Hanif mengalami luka dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut. “Sebenarnya sejak minggu lalu lagi suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tidak berjumpa doktor.
Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tidak sangka pula keadaannya semakin teruk sehingga dimasukkan ke wad.
“Saya sendiri kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, apatah lagi sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,” kata Anzalna yang berkahwin dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun itu Februari lalu.
Mengakui dirinya kini lebih bahagia selepas bergelar isteri, Anzalna juga meluahkan keterujaan berpuasa bersama keluarga sendiri buat kali pertama.
“Saya seronok sangat sampai tidak mahu masuk kerja. Bulan madu belum habis lagi dan saya sudah rasa tak sanggup nak berjauhan dengan suami.
Sebenarnya alam perkahwinan ini sangat bahagia dan indah. “Alhamdulillah, Hanif mudah diuruskan dan tidak cerewet. Dalam soal pemakanan, dia seorang yang sangat senang,”
Sumber: kisahviralsemasa
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :