RootOfSience

Benarkan Vitamin C boleh memutihkan kulit?


Kami melihat kebelakangan ini rata-rata kaum wanita cuba menggunakan pelbagai cara untuk membuatkan kulit kelihatan lebih putih. Fenomena ini menjadi semakin membimbangkan apabila menjelang musim perayaan. Disebabkan keinginan yang tinggi untuk berhias di musim perayaan, mereka cuba menggunakan cara yang boleh memudharatkan diri sendiri.

Salah satu Vitamin yang dicucuk ke dalam saluran darah

Cara rawatan yang paling terkenal adalah penggunaan INTRAVENOUS VITAMIN C INFUSION. Iaitu pemberian Vitamin C ke dalam badan yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah.

d6b321e3-ebf2-444f-be1c-9b01a0b0d208

Seorang pelanggan sedang menjalankan prosedur untuk memasukkan Vitamin C ke dalam saluran darah

Disini kami ingin menceritakan beberapa perkara berkenaan vitamin C dan juga akan menyentuh berkenaan pemutihan kulit

1) Vitamin C juga dikenali sebagai L- ascorbic asid ataupun ascorbate ion. Asal perkataan ascorbic ini adalah daripada perkataan ‘ascorbus’ yang membawa maksud ‘tiada scurvy’. Perkataan ini diambil bersempena makanan yang dapat menghindarkan diri daripada terkena penyakit SCURVY.

images

Gusi berdarah disebabkan penyakit scurvy iaitu kekurangan vitamin C

Pada waktu dahulu, para pelayar sering mengalami pendarahan gusi. Masalah ini diselesaikan dgn membawa makanan jenis ‘ascorbus’ ketika dalam pelayaran. Ini disebabkan makanan jenis ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi seperti lemon dan beberapa jenis buah yang lain.

(Scurvy merupakan penyakit yang melibatkan pendarahan yang selalunya melibatkan gusi. Ini disebabkan badan tidak dapat menghasilkan collagen untuk penyembuhan tisu ketika ketiadaan vitamin C.)

2) Kebanyakkan organisma lain mampu menghasilkan Vitamin C dgn sendirinya. Ini disebabkan kehadiran beberapa jenis enzim pada organisma tersebut yang mampu menukarkan glukosa kepada Vitamin C. Jangan terkejut ye, asal usul Vitamin C ini sebenarnya daripada gula. Malah strukur Vitamin C itu sendiri mempunyai struktur asas glukosa.

adderall-and-vitamin-c

Struktur asas Vitamin C adalah berasaskan glukosa iaitu sejenis gula

Tetapi berlainan bagi manusia. Manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya. Ini disebabkan manusia tidak boleh menghasilkan enzim2 yang membantu dalam penghasilan Vitamin C tersebut. Maka, manusia perlu mendapatkan Vitamin C daripada sumber luar.

3) (Bahagian ini kalau susah utk difahami, boleh baca point yang seterusnya).

Vitamin C mempunyai isomer jenis enantiomer iaitu L-ascorbic acid dan juga D-ascorbic acid. Di dalam tumbuh-tumbuhan, kedua2 isomer ascorbic acid ini wujud dalam kuantiti yang sama. Akan tetapi hanya L-ascorbic acid sahaja yang aktif secara biologinya. Oleh itu, bila kita kata Vitamin C, ianya merujuk kepada L-ascorbic acid. Bukan kepada D-Ascobic acid.

4) Vitamin C merupakan antioxidant. Kehadirannya dalam badan mampu membantu menghapuskan free radical/radikal bebas di dalam badan. Malah ianya mampu melindungi kulit dan membantu dalam penyembuhan kulit jika diberi secara topikal(krim) kepada kulit.

5) Salah satu penyebab kerosakkan dan kekedutan pada kulit adalah sinaran UV daripada matahari. Sinaran UV daripada matahari akan menyebabkan lapisan sel kulit menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang dikenali sebagai REACTIVE OXYGEN SPECIES(ROS). Radikal bebas ini merupakan satu kompound yang reactive dan mampu merosakkan pelbagai struktur sel dan juga protein.

Disebabkan collagen merupakan salah satu protein yang banyak dibahagian kulit, maka protein inilah yang akan dirosakkan dan akan menyebabkan kekedutan pada kulit dan wajah.

Pemberian Vitamin C secara topikal telah dibuktikan mampu mengurangkan kerosakkan yang disebabkan sinaran UV. Malah dikatakan dapat melindungi sel dan juga protein daripada dirosakkan oleh radikal bebas

6) Kajian telah dibuat, pengambilan Vitamin C secara oral dan juga intravenous tidak akan meningkatkan kuantiti Vitamin C secara significant dibahagian kulit. Oleh sebab itu, para pengkaji sekarang lebih memfokuskan pemberian Vitamin C secara topikal(letak terus pada kulit) kerana ianya dibuktikan lebih efektif dan terus menjuruskan kepada kulit itu sendiri.

5) PEMUTIHAN KULIT DGN VITAMIN C

Kajian yang menunjukkan Vitamin C mampu memutihkan kulit masih lagi berada pada peringkat makmal sahaja. Ia belum lagi dapat dibuktikan secara klinikal. Maksudnya belum ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh memutihkan kulit apabila digunakan pada manusia

Berkenaan kajian dalam makmal, mereka telah menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.

Berbalik pula kepada pemberian Vitamin C secara intravenous. Seperti yang saya katakan diatas, pemberian Vitamin C secara intravenous tidak akan meningkatkan kandungan Vitamin C dibahagian kulit secara significant. Malah secara amnya, tiada lagi kajian yang benar-benar dijalankan pada manusia yang menunjukkan Vitamin C boleh memutihkan kulit sama ada diberi melalui oral(mulut), intravenous(melalui saluran darah) dan juga secara topical(sapu terus pada kulit).

KESIMPULAN
Pemberian Vitamin C tidak lagi dibuktikan boleh memutihkan kulit manusia. Malah cucuk Vitamin C adalah sesuatu yang dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana tiada siapa yang telah memeriksa kandungan IV Vitamin C yang dieksport secara haram ke dalam Malaysia. Maka, ia sudah tentu mampu mendatangkan kemudharatan.

REKOMENDASI

Jika mahukan kesan Vitamin C secara optimum iaitu untuk menghasilkan kulit yang tegang dan mengembalikan tona kulit muka, pengambilan Vitamin C secara topikal seperti krim adalah lebih efektif.

Rujukan:

  1. http://ift.tt/2homubb

 

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.