Ustaz Yang Terkorban Dalam Kebakaran Itu Baru Seminggu Berkahwin. | KUALA LUMPUR – Hati siapa tidak pilu apabila orang tersayang yang baru dikahwini meninggal dunia.
Kepiluan dan kesedihan itu terpaksa ditempuh Noor Fatihah Osman, 23, selepas suaminya yang dinikahi pada Mei lalu, Mohd Amirul Nizam Sokarno, 25, yang merupakan seorang warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, di sini maut dalam kebakaran di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz tersebut awal pagi tadi.
Difahamkan, pasangan terbabit baru sahaja seminggu melangsungkan majlis kenduri perkahwinan mereka.
Noor Fatihah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui di lokasi kejadian dan enggan ditemu bual pemberita.
Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui berkata, anak saudaranya itu dikejutkan dengan kejadian tersebut kira-kira pukul 6 pagi tadi.
“Fatihah ketika itu berada di hostel tempatnya belajar di Universiti Sains Islam malaysia (USIM) di Bangi sebelum terus bergegas ke lokasi,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui hari ini.
Dalam pada itu Asmah berkata, selalunya Mohd Amirul akan telefon anak saudaranya untuk kejutkan bangun Subuh, namun hari ini tiada panggilan telefon itu.
Katanya, Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tapi tidak berjawab.
“Saya tidak menyangka kejadian ini terjadi kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu, seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardy, 24, berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan berkenaan bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama pada awalnya selepas terdengar bunyi kuat seperti ribut di luar bangunan berkenaan.
Mohd Arif bersama guru serta penduduk cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
“Saya terjaga dan melihat keluar tingkap namun bukan ribut dan saya terkejut melihat kepulan asap di tingkat tiga. Kemudian saya terdengar suara dari tingkat atas menjerit supaya menyelamatkan diri kerana berlaku kebakaran,” katanya.
Kredit : Sinar Harian
The post Ustaz Yang Terkorban Dalam Kebakaran Itu Baru Seminggu Berkahwin. appeared first on SINAR HARIANI.
Sumber: sinarhariani
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :