Siapa yang tak suka merantau? Kalau dapat merantau dengan kawan-kawan lagi-lah best! Tapi kita kena akui bahawa tidak semua kawan yang kita ajak boleh sekepala dengan yang lain.
Sama ada perjalanan kita smooth atau tidak, itu terpulanglah pada diri masing-masing nak menjayakan trip tersebut, betul tak?
Nah…kali ini kami dah senaraikan jenis kawan-kawan travel yang susah untuk dielakkan:
1. Kaki Malas
Dia ini-lah satu-satunya Raja Pemalas yang akan membuatkan anda terasa seperti anda ialah antara mereka yang berjaya dalam hidup jikalau dibandingkan dengannya. Dia ini juga mudah memindahkan tanggungjawabnya jadi jangan-lah terkejut apabila dia mula menuding jari jika terlibat dalam masalah.
“Eh, lupa pulak! Aku belum hantar kereta untuk servis-lah bro. Apa kata awak yang pandu Jazz baru itu? Senang-lah awak nak pikat Nadia nanti…dia mesti jatuh hati.”
2. Pak Doraemon
Dia ni-lah pembekal segala barang. Awak nak Panadol? Bekal Makanan? Semua dia ada! Minta sahaja apa awak nak. Tapi jangan pula nak pandai-pandai minta awek ke anak ke, kejap lagi dapat free pelempang baru tahu.
Roy, kawan yang tiada harapan: “Wah! Macam mana ni?! Tolong-lah Sarah! Tak tahu macam mana boleh terjatuh tangga tadi.”
Sarah: “Nah ambil pembalut luka ni. Kamu ni Roy, macam-macam-lah…nasib baik aku bawa ‘kotak kecemasan’ aku!
3. Mat/Minah DJ
Dia ni bakat ala-ala Tiesto! Jadi jangan-lah risau, perjalanan korang mesti gempak. Tapi beringat-ingat la yer, sekali dia nak angkut DJ console dan woofer dia…habis-lah…so pastikan ada banyak ruang yer!
“Hah! Nasib Jazz ini ada touch screen. Senang aku nak main muzik…Bersedia-lah untuk satu perjalanan yang menggemparkan wahai kawan-kawan ku!”
4. Kawan Yang Tak Reti Tengok Jam
Adoi…semak otak nak menunggu mamat/minah ni bersiap. Kalau duduk sebilik dengan dia ni, pastikan awak gunakan tandas tu dulu, kalau tidak…pecah perut dekat katil!
Kawan yang tepati masa: “Arghhh…mana dia ni?! Wei, Lisa! Kau dekat mana? Dah berjam aku tunggu kau…kau buat apa dalam rumah tu?!”
Kawan yang tak reti tengok jam: “Sorry…sorry… aku sangkut dalam tandas tadi, sakit perut la beb. Pastu aku dengar Daniel akan ada dekat parti tu nanti...of course-lah aku nak nampak flawless!”
5. Kaki Makan
Amboi…bab makan je kawan ni lah hero kami! Cakap jelah nak makan apa, semua restoran yang bagus pun akan dia bawa. Dia ni macam kamus makanan tau!
Kawan kebuluran: “Aku terasa nak pengsan dah ni…kita plan nak makan kat mana nanti weh? Bob…kau ada idea tak nak makan apa nanti?”
Bob The Hero: “Jangan risau bro! Aku dah tempah tempat dekat satu restoran Thai ni… tinggal nak muatkan semua orang dalam Jazz aku je…makanan diorang…peerrggghhh sedap!”
6. Semua Benda Nak Free Aje
Pening kepala betul lah dengan mamat ini! Semua benda nak try tapi bab nak bayar bil banyak pula kerenahnya.
Bro Budget: “Asyraf, aku dengar kau punya Jazz boleh muat banyak barang kan?”
Asyraf: “A’ah…kenapa bro?”
Bro Budget: “Oh! Bagus-lah…kira kita boleh bawa beg besar and makanan yang banyak kalau naik kereta kau-lah kan?”
Asyraf: “Eh, bro…kan boleh guna MPV kau…”
Bro Budget: “Tak boleh! Aku tak cukup budget untuk petrol dengan tol…lagi pun kereta aku pun dah lama, macam-macam punya bunyi pun boleh dengar. Menakutkan bro!”
7. Ikut Aku-lah!
Ni-lah dikatakan manusia yang suka pentingkan diri! Kadang-kala tu, best la ada kawan macam ni time kita tengah buntu tak tahu nak buat apa…tapi kalau sampai ke lubang tandas pun dia nak kita follow memang payah nak hidup.
Minah Diktator: “Jom kita pergi ke sana! Mesti best tempat ni, aku dengar review semua best…”
Pak Turut: “Errrr…Alisya bukan tempat ini untuk perempuan je ke?”
Minah Diktator: “Eh…ikut je-lah! Banyak pula komen kau!”
8. Cik Asyik Nak Selfie
Haihhh…bukan main dia ni nak upload semua benda ke laman sosial dia…Instagram, Facebook, Snapchat…macam-macam lah! Sampai makcik pakcik yang berjauhan pun boleh call tanya macam mana trip awak.
*Beli kereta Jazz baru* “Kenalah posing dengan my new car”
*Sampai kafe* “Tunggu kejap, nak ambil gambar dengan makanan”
*Sampai pusat membeli-belah* “Eh, tolong ambil gambar aku!”
*Sampai tandas* “Jom, selfie!”
9. Pak Cerita
Masa dah gelap lah baru dia ni nak buka cerita pasal hantu, zombie dan benda-benda merepek. Tapi kalau tiada dia ni, trip awak mesti tak hype!
Pak Cerita: “Korang tahu tak tempat ni berhantu beb! Orang dulu-dulu kata kalau awak panggil hantu itu tiga kali, nanti dia mesti melekat pada awak…”
Kawan ketakutan: “Kau jangan main-main weh!” Dah-lah jangan nak bercerita dah…”
Pak Cerita: “Ok…ok…tapi kan siapa pula belakang kau tu?!”
Dalam banyak-banyak kawan travel ni, awak yang mana satu?
In our opinion lah kan, travel beramai-ramai ni best tapi kena-lah pastikan kenderaan yang korang bawa tu cukup tempat untuk bagasi dan barang-barang lain.
Aik?! Kata kena ada space yang besar…habis tu macam mana pula Honda Jazz boleh masuk cerita? Bukan ia compact car? Korang ni tak pernah tahu ke yang Jazz ni ada Ultra Seats yang boleh bertukar-tukar, so senang-lah nak make space mengikut keperluan awak.
Tak percaya? Nah…tengok kat bawah ni!
Hebat kan? Siapa sangka yang kereta compact ini boleh dilaraskan mengikut kehendak masing-masing? Eh, apa tunggu lagi? Cepat-lah plan trip korang!
The post Setiap Perjalanan Bermula Dengan Teman-Teman Eksentrik appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :