Umum

“Semalam Anak Minta Beli Tilam Dan Bantal.”

“Semalam Anak Minta Beli Tilam Dan Bantal.” |  Shah Alam – Seorang anggota TUDM tidak menyangka gerak hatinya untuk lalu di hadapan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada jam 5.40 pagi tadi membuatkan dia terkejut besar melihat kebakaran berlaku pada madrasah tempat anak keduanya, belajar.

Sarjan Mohd Zamzuri Zakaria, 35, berkata, jarak dari rumah dengan pusat tahfiz hanya 300 meter dan ketika itu dia keluar untuk mencari sarapan.

“Saya lihat asap dan pasukan bomba sedang memadam kebakaran.. masa tu semua sudah hangus, tidak ada suara atau jeritan pun dari dalam, semua senyap,” katanya ketika dihubungi .

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya, Mohd Aidil Aqmal, 10, pada jam 6.30 petang semalam apabila Mohd Aidil meminta ibunya buat cekodok.

“Semalam, kami jumpa sebab dia minta ibunya buat cekodok.. ketika itu Mohd Aidil juga bagi tahu yang dia tidak mahu tinggal di asrama dan minta kami belikan tilam dan bantal.

“Saya hairan mengapa dia minta tilam dan bandal sedangkan pihak pengurusan sudah menyediakan semuanya,” katanya.

Beliau berkata, Mohd Aidil anak kedua daripada empat beradik itu baharu lima bulan belajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku.. dia hanya dipinjamkan ALLAH SWT, saya telah tunaikan tanggungjawab, kami pasrah,” katanya.

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kubur Panjang, Kedah.

Akibat tragedi itu, seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di pusat tahfiz itu yang berlaku pada 5.15 pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Seramai 14 murid dan empat guru selamat dalam kebakaran itu.

Kredit : GPS Bestari

The post “Semalam Anak Minta Beli Tilam Dan Bantal.” appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.