KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan, seorang remaja lelaki yang ditahan semalam bukan suspek kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat, lapor SInar Harian.
"Jika ditanya ada tangkapan, ya memang ada tetapi dia bukan suspek kebakaran dan penahanannya hanya bagi membantu siasatan pihak polis," katanya.
Semalam, media tempat melaporkan polis menahan seorang pelajar tahfiz kerana dipercayai menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kebakaran berlaku. Kelibat individu terbabit yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Rakaman CCTV menunjukkan kelibat seorang lelaki - Foto: Harian Metro |
Sementara itu, seorang kakitangan pusat tahfiz yang tidak mahu dikenali berkata, remaja yang dibawa melawat lokasi kejadian itu bukanlah pelajar sekolah berkenaan, tetapi disyaki terlibat dalam kes kecurian di bangunan pejabat PPIM.
Bangunan PPIM yang terletak bersebelahan dengan pusat tahfiz itu kini dalam proses baik pulih yang memungkinkan kes kecurian berlaku.
"Sebelum ini, terdapat kes kecurian mesin air layan diri di hadapan pejabat PPIM dan remaja tersebut adalah penduduk kawasan sekitar kampung ini.
"Demi Allah, lelaki itu bukan pelajar tahfiz sebab saya kenal semua pelajar sekolah ini," katanya.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :