Umum

Dituduh Tonton Video ‘TAK SENONOH’. Ini Jawapan Ahmad Idham Yg Buat Ramai DIAM !!!

Dituduh Tonton Video ‘TAK SENONOH’. Ini Jawapan Ahmad Idham Yg Buat Ramai DIAM !!! | SINAR HARIANI – PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham tidak melatah dengan dakwaan netizen kononnya dia menonton video luc@h di laman sosial kerana ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.

Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkata, penggunaan media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.

“Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

“Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video luc@h. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak… rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh,” ujarnya kepada mStar Online.

Ahmad Idham diminta mengulas dakwaan sebuah blog hiburan yang mendakwa kononnya dia kantoi menonton video luc@h apabila tindakannya meletakkan tanda suka (like) disedari netizen pada salah sebuah video berkenaan di laman sosial Twitter.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, dia juga tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya dengan tujuan tersebut.

“Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.
“Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web luc@h di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, dia meminta agar orang ramai tidak melayan isu remeh temeh yang tidak mendatang kebaikan atau faedah.

Sumber : Mstar

The post Dituduh Tonton Video ‘TAK SENONOH’. Ini Jawapan Ahmad Idham Yg Buat Ramai DIAM !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.