Umum

Baru² Ini VIRAL Kisah Adik Ini. Inilah Cerita SEBENAR Yg Buat Ramai NAK TAHU !!!

Baru² Ini VIRAL Kisah Adik Ini. Inilah Cerita SEBENAR Yg Buat Ramai NAK TAHU !!! | KUANTAN – Seorang murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor di sini yang kisahnya terpaksa dijemput guru untuk menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengaku pakaian seragam sekolah miliknya basah menyebabkan tidak hadir ke sekolah pagi, Isnin lalu.

Noraina, 12, berkata, dia mahu ke sekolah pada mulanya, tetapi mengalami masalah pada pagi itu apabila pakaiannya basah akibat terlupa untuk mengambilnya dari ampaian.

“Saya bukan tak ada baju seragam sekolah, tapi baju saya basah lupa nak angkat masa dijemur di luar rumah.

“Malam tu (Ahad) hujan lebat, jadi sebab itu baju sekolah saya basah. Bila basah saya tak ada baju nak dipakai ke sekolah dan biarkan saja adik kembar saya Noraini ke sekolah sendirian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah di Kampung Gedung Siam di sini, semalam.

Segan nak pakai baju lain

Anak kedua dari empat beradik itu memberitahu, dia terkejut sebaik sahaja melihat dua guru datang ke rumahnya awal pagi, Isnin lalu.

Katanya, dia segan untuk mengenakan pakaian lain ke sekolah sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan sedemikian enggan hadir ke sekolah menduduki peperiksaan UPSR.

“Cikgu ada suruh saya pakai baju kokurikulum atau baju kurung biasa tapi saya tak nak, malu sebab pakaian tak sama dengan rakan lain.

“Lepas tu sepupu saya datang bagi pinjam pakaian seragam sekolah miliknya dan saya segera memakai serta ikut cikgu ke sekolah,” katanya.

Noraina berkata, tanpa kehadiran guru ke rumahnya pasti dia sudah terlepas menjawab soalan Bahasa Melayu (BM) yang merupakan subjek kegemarannya.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang guru yakin mampu lulus dalam ujian terbabit.

“Nak kata cemerlang tu saya tak tahu nak kata, tapi saya boleh lulus. Hari ini pun (semalam) saya dapat jawab dengan baik,” katanya.

Ketika kunjungan Sinar Harian ke rumah Noraina, ibu dan bapanya tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki di hutan.

Bagi pinjam baju sekolah sebab kasihan

Sepupunya, Noradila A/P Ayub, 11, berkata, dia meminjamkan pakaian seragam sekolah miliknya kepada Noraina memandangkan dia berada di rumah Noraina ketika itu dan mengetahui masalah terbabit selepas cikgu datang ke rumah Noraina.

“Saya kesian tengok dia (Noraina) tak dapat ke sekolah sebab baju basah dan kebetulan saiz badan kami lebih kurang.

“Jadi saya balik rumah cepat-cepat ambil baju saya untuk dia pakai. Ini saja yang saya mampu bantu Noraina.

“Syukur dia sempat ambil periksa dapat jawab kertas BM dengan baik dan saya seronok dapat tolong dia,” katanya.

Noradila berkata, dia berkawan baik dengan Noraina dan sering bermain bersama sewaktu ibu bapa sepupunya itu keluar mencari rezeki di hutan berhampiran.

Hidup susah kerana tiada pendapatan tetap

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bungor, Adi Man, 37, berkata, Noraina berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Katanya, keluarga terbabit tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan kehidupan mereka sehari-hari bergantung kepada hasil hutan.

Ibu Noraina, Wati Pilus, 39, tidak bekerja dan hanya bergantung harap kepada pendapatan suaminya, Mislan yang mencari dan menjual hasil hutan.

“Kalau tak silap saya Wati (Ibu Noraina) ada penyakit jantung berlubang dan batu karang.

“Meskipun keluarga ini hidup susah, tapi bantuan dan kelengkapan sekolah tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan,” katanya.

Kredit : Sinar Harian

The post Baru² Ini VIRAL Kisah Adik Ini. Inilah Cerita SEBENAR Yg Buat Ramai NAK TAHU !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.