Tahukan anda Tuberculosis(TB/Tibi) adalah salah satu penyakit paling lama sekali bermaharajalela dimuka bumi ini? Ianya juga dapat dilihat apabila mayat2 silam yang diawet turut juga ditemui mempunyai kuman tersebut! Sejak zaman Firaun lagi! At least for the past 8000 years.
Sejak zaman dahulu, penyakit ini dianggap sebagai balasan tuhan oleh pelbagai penganut agama dan kepercayaan animisme kerana bagaimana ia menjangkiti seseorang itu tidak dapat dilihat dengan jelas ataupun diterangkan dengan sepenuhnya. Dalam erti kata lain, walaupun ianya adalah sejenis penyakit BERJANGKIT(infectious disease), ramai yang tidak sedar atau tahu perkara tersebut. Mereka hanya menganggap ianya sebagai balasan atas perbuatan mereka di dunia ini.
Perkara ini dianggap sebagai fakta dan berterusan untuk beribu ribu tahun sehinggalah muncul seorang brother ni yang bijak lagi pandai yang bernama Ibn Sina(Avicenna). Beliaulah orang yang pertama dalam dunia ini yang berjaya MENUNJUKKAN bahawa penyakit TB ini adalah penyakit berjangkit. Tiada orang cerdik pandai sebelum dia ke? Ada beberapa sebab sebenarnya.
1) Para pengamal perubatan sebelum beliau seperti ketika tamadun Yunani dan Rom tidak membenarkan mayat(cadaver) dibedah siasat. Zaman beliau pemerintah ketika itu membenarkannya atas sebab demi ilmu perubatan.
2) Untuk memahami kenapa ramai menganggap penyakit TB itu TIDAK berjangkit adalah kerana walaupon seseorang itu sah-sah dijangkiti TB, tidak semua orang yang terdedah kepada pesakit tersebut dijangkiti TB! Contoh:
Si X sah-sah ada TB. Balik rumah tak lama lepas tu bini kena TB tetapi anak2 bebas drpd penyakit itu. Jiran dia Si Z pula ada TB jugak tapi bini tak kena, anak semua kena. Seolah olah ianya bersandarkan kepada nasib semata mata.
3) Fenomena ini akhirnya dapat dibongkar oleh Ibn Sina ketika meneliti mayat-mayat mangsa. Terutamanya sekali lymph nodes(saluran limfa) mereka. Beliau mendapati untuk keluarga Si X tersebut, rupa rupanya semua ahli keluarga tersebut ada jangkitan TB di lymph nodes mereka. Sama juga dengan semua ahli keluarga Si Z!
4) Golongan ahli keluarga yang tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti TB sebenarnya ada TB tetapi mereka tidak ada tanda-tanda penyakit tersebut(signs and symptoms) kerana sistem imun badan mereka akan isolate(asingkan) kuman tersebut didalam lymph nodes. Ianya tidak aktif membiak dan membuat masalah. Perkara ini dinamakan sebagai Latent/Primary TB. Individu memang ada TB tetapi ianya tidak mendatangkan masalah.
5) Golongan ahli keluarga yang mempunyai tanda-tanda penyakit(sign and symptoms) pula sistem imun mereka cuba untuk mengasingkan dalam lymph nodes(latent). Sama ada ianya tidak berjaya ataupon ianya berjaya tetapi kuman tersebut menjadi semakin aktif. Seterusnya ia dapat membiak dan menular merebak ke seluruh anggota tubuh badan. Ini dipanggil sebagai Active/Secondary TB dimana kita dapat lihat seluruh tanda-tanda penyakit tersebut.
Kenapa kuman ini sangatlah sado sehingga sekarang masih mampu memporak porandakan kehidupan manusia sehingga sekarang? Kuman ini actually takde la ganas mana pon tetapi reaksi terhadap kuman ini daripada SISTEM IMUN ANDA SENDIRI yang mendatangkan pelbagai masalah dan kesan? Next part kita huraikan lagi.
Big thumbs up for our brother Ibn Sina for debunking pseudoscience hundreds of years ago before it was cool!
Jazakumullah Khairan Khatira.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat sila like page kami Root of Science
The post Siri Penyakit Vaksin: Tuberculosis(Bahagian 1) appeared first on Root of Science.
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :