*Perlu tahu beza antara botol yang ditulis 'Multi Purpose Solution' dengan 'Normal Saline'.
Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu beza dua benda ini. Dan air saline ini dijual lebih murah. Jadi sebab itu ramai yang nak jimat, cuma gunakan air saline ini untuk rendam contact lens.
SILAP TU SAYANG!
Normal saline ini sebenarnya hanya untuk bilas bila ada habuk dalam contact lens atau mata pedih atau saya gunakan saline ini untuk cuci bekas contact lens sahaja. Dan juga, air saline ini digunakan selepas kita tanggalkan contact lens dari mata.
Tanggalkan contact lens, kemudian bilas dulu menggunakan air saline dan barulah masukkan contact lens ke dalam bekasnya yang berisi dengan Multi Purpose Solution. Bekas contact lens pun tak boleh dibasuh menggunakan air paip biasa (yang ini kita cerita di kemudian hari).
Sanggup ke nak rendam contact lens sekadar denga Normal Saline atau Sodium Chloride atau air garam, yang tidak mampu membasmi kuman sebab dalam air saline langsung tiada bahan kimia yang boleh membunuh kuman. Sebab itu mesti menggunakan agen pencuci khas Multi Purpose Solution dan pastikan contact lens disimpan atau rendam sekurang-kurangnya empat jam.
Tak kisah sebenarnya Multi Purpose Solution jenama apa pun. Yang penting, pastikan anda menggunakan Multi Purpose Solution, bukannya air saline untuk rendamkan contact lens. Saya biasa gunakan jenama Renu, sebabnya ada sesetengah jenama itu membuatkan contact lens cepat kering bila diletak di mata kita.
Semoga bermanfaat. Sebarkan, pastikan rakan-rakan anda yang memakai contact lens tidak tersilap.
Sumber: Cik Atyraa
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :