Peserta Perkhemahan Tersesat. TERKEJUT Jumpa Sekumpulan Manusia Untuk Minta Tolong, Rupa²nya…. | Kisah ini berlaku tidak lama dahulu. Seorang pemuda Jepun telah menyertai satu program latihan perkemahan di dalam sebuah hutan di Jepun. Selepas menjalani beberapa latihan perkemahan , para peserta diberikan waktu untuk berehat.
Gambar Sekadar Hiasan.
Sementara peserta yang lain memanfaatkan waktu rehat dengan duduk dan tidur, pemuda ini telah keluar berjalan dan bersiar-siar di tengah-tengah hutan tersebut. Sambil menikmati keindahan alam semula jadi , tanpa disedari pemuda ini telah tersesat dalam jangka masa satu jam.
Oleh kerana dia berada di dalam hutan , isyarat telefon bimbitnya tidak berfungsi. Pemuda ini menjadi cemas , takut dan risau. Namun dia meneruskan perjalanan mencari jalan keluar dan pertolongan.
Kemudian, tidak jauh dari tempatnya mencari jalan keluar, pemuda ini ternampak sekumpulan orang dan dia berasa lega kerana boleh bertanya dan mendapatkan pertolongan.
Semakin pemuda ini menghampiri dan memanggil mereka , sekumpulan orang itu tetap berada di situ dan tidak bergerak.
Apabila telah berada dengan dekat , alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang ini seakan lembaga manusia yang menakutkan. Kakinya menjadi lemah dan jantungnya menjadi laju dan dia tidak dapat berjalan dengan betul sambil cuba berlari dari sekumpulan orang itu.
Oleh kerana berasa terkejut yang amat sangat, pemuda ini merangkak sejauh 2 kilometer dari tempat kejadian dan menjerit meminta pertolongan dari rakan perkemahannya.
Dengan muka yang agak pucat dan kepenatan , pemuda ini bertanya dengan dirinya sendiri , ” Ada hantu di dalam sana di siang hari? “
Selepas bertenang dan pulih dari rasa terkejutnya, pemuda ini telah kembali ke tempat di mana dia telah tersesat itu dan menghampiri lembaga yang disangkanya hantu atau orang yang pelik itu.
Sangkaannya meleset. Ia bukannya sekumpulan orang tetapi ukiran kayu yang menyerupai seorang manusia dengan pergerakan yang sama seperti manusia. Dan ia sangat cantik , unik dan mengagumkan.
Apabila rakan-rakan pemuda ini dan pasukan penyelamat telah sampai di tempat kejadian, barulah mereka ketahui yang manusia ukiran kayu itu adalah hasil seni ukiran dari artis terkemuka di Jepun bernama Nagato Iwasaki.
Ternyata imaginasi , kemahiran dan ketelitian Nagato Iwasaki adalah sangat halus dan mengagumkan. Ukiran manusia kayu itu dibentuk dengan halus dengan setiap satunya menyerupai manusia dengan watak dan gaya yang berlainan.
Nagato Iwasaki meletakkan ukiran manusia kayu di dalam hutan tersebut dengan keadaan sebegitu rupa sebagai satu eksperimentasi dalam projek hasil seninya dikenali dengan nama “Haunting Driftwood Forest Spirits.”
Artis dari Jepun sememangnya terkenal dengan ketelitian dan kreativiti yang sangat tinggi dalam menghasilkan hasil seni . Kaedah yang digunakan kadangkala amat luarbiasa dan usaha yang diberikan dalam menghasilkan suatu karya seni amat mengagumkan dan sangat hebat.
Seperti ukiran manusia kayu ini, Nagato Iwasaki telah menggabungkan kreativitinya dan hasil dari alam semula jadi bagi membentuk manusia yang berbilang wajah dan perwatakannya. Beliau mengumpulkan pelbagai bentuk kayu hanyut Jepun dan mengukirnyan dengan teliti sebelum membentuk menjadi ukiran manusia kayu.
Sungguh tinggi tahap imaginasi seorang artis yang kadangkala kita berasa sukar dan tidak dapat memahami apa yang mereka fikirkan.
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!
The post Peserta Perkhemahan Tersesat. TERKEJUT Jumpa Sekumpulan Manusia Untuk Minta Tolong, Rupa²nya…. appeared first on SINAR HARIANI.
Sumber: sinarhariani
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :