Renggangan merupakan salah satu perkara rutin yang masyarakat kita akan buat sebelum bersenam. Ia dikatakan mampu melembutkan otot supaya ia tidak keras dan bersedia untuk senaman yang berat seperti dalam acara larian. Bahkan ia dikatakan boleh mengelakkan kecederaan ketika melakukan senaman.
Tetapi adakah renggangan benar-benar boleh mengelakkan kecederaan?
Satu kajian pada tahun 2010 telah dibuat di mana ia melibatkan lebih kurang 3000 peserta. Di dalam kajian tersebut mereka membahagikannya kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan melakukan aktiviti renggangan sebelum bersenam dan satu kumpulan lagi tidak melakukan aktiviti renggangan.
Kajian itu berjalan selama 3 bulan untuk melihat peratusan yang akan mengalami kecederaan ketika melakukan senaman. Mengejutkan. Apa yang dipercayai oleh orang ramai sebelum ini iaitu renggangan boleh mengelakkan kecederaan adalah suatu perkara yang tidak benar.
Ini kerana kebarangkalian untuk mengalami kecederaan bagi kedua-dua kumpulan adalah sama iaitu 16 peratus. Ini menunjukkan jika anda membuat aktiviti renggangan anda masih mempunyai risiko kecederaan yang sama seperti orang yang tidak melakukan renggangan.
Selain daripada itu, dalam kajian tersebut juga menjumpai risiko yang lain. Iaitu seseorang yang mempunyai BMI yang tinggi dan mempunyai kecederaan yang lepas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecederaan pada ketika itu.
Aktiviti memanaskan badan masih lagi berfaedah?
Renggangan yang selalu kita buat adalah jenis renggangan statik. Sebagai contoh jika kita buat renggangan daripada kepala, kita akan tolak kepala ke kiri dan kira sehingga 8. Kemudian, kita tolak pula kepala ke arah kanan dan bilang sehingga 8. Ini adalah contoh renggangan statik.
Kemudian kita pula ada aktiviti memanaskan badan sebagai contoh berlari setempat.
Aktiviti memanaskan badan seperti ini masih lagi boleh dibuat kerana ia akan meletakkan badan kita pada tahap yang bersedia sebelum bersukan. Ketika aktiviti memanaskan badan, jantung akan mula berdegup laju, saluran darah ke otot akan mula mengembang, hormon adrenaline akan mula dirembeskan dan simpanan gula akan digunakan hanya semata-mata untuk menyediakan badan seseorang itu sebelum seseorang itu mula bersukan.
Kesimpulan
Aktiviti memanaskan badan sebelum bersenam adalah lebih digalakkan. Manakala, aktiviti renggangan pula tidak perlu dilakukan ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kelebihan kepada mereka yang mengamalkannya.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat sila like page kami dan anda boleh sentiasa melawati laman web kami Root of Science.
Rujukan:
Daniel Pereles, Alan Roth, Darby JS Thompson: A Large, Randomized, Prospective Study of the
Impact of a Pre-Run Stretch on the Risk of Injury in Teenage and Older Runners. CAQ Sports Medicine, USATF, Simon Fraser University
The post Perlu buat renggangan ataupun tidak sebelum bersenam? appeared first on Root of Science.
Sumber: RootOfSience
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :