Umum

Peraturan Baru Untuk Tinted Gelap Cermin Kereta Tahun 2018 Yang Sangat WOW !!!

Peraturan Baru Untuk Tinted Gelap Cermin Kereta Tahun 2018 Yang Sangat WOW !!!| KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan, kereta yang baru didaftarkan perlu memasang cermin gelap jenis MS 2669 bermula Januari 2018. Beliau berkata, pemasangan ini merupakan satu langkah untuk menyelaraskan cermin gelap yang mengikut piawaian filem yang diiktiraf SIRIM Berhad, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, dan Puspakom Sdn Bhd.

Gambar Hiasan: Google Images

Selain itu, Liow Tiong Lai turut berharap agar pengusaha cermin gelap mematuhi peraturan baru ini bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pengguna diutamakan. Kementerian Pengangkutan juga jelas serius dalam hal ini apabila akan menggunakan “Label Keselamatan MS QR Code” bagi mengimbas keseragaman cermin gelap yang digunakan oleh para pengguna.

Memetik laporan Utusan Online, Liow Tiong Lai berkata, “Penetapan ini belum diwajibkan sebaliknya sebagai inisiatif awal kementerian dan pihak penguatkuasa menyeragamkan penggunaan cermin gelap dalam kalangan pengguna.” Liow berucap dalam majlis pelancaran mekanisme penyelarasan piawaian filem penghadang haba kenderaan bermotor, langkah ini adalah bagi memastikan pengusaha cermin kereta mematuhi peraturan kadar ketelusan cahaya atau VLT.

Peraturan yang dikeluarkan oleh JPJ ialah, VLT 70 peratus (cermin depan); 50 peratus (cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan); 30 peratus (cermin belakang dan sisi penumpang belakang). Namun demikian, menurut Liow yang juga Presiden MCA, ramai pengguna ingkar dengan peraturan ini kerana mahu mengurangkan kepanasan serta pengusaha cermin gelap tidak menerangkan polisi yang betul kepada para pelanggan.

Sumber: Carlist

Bagi memastikan langkah ini berjalan lancar, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memberi kerjasama dengan memantau para pengusaha dan penjual cermin gelap akan mematuhi polisi baru ini.

Sumber: Era Baru

The post Peraturan Baru Untuk Tinted Gelap Cermin Kereta Tahun 2018 Yang Sangat WOW !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber: siakapkell


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.