RootOfSience

Pengenalan kepada virus komputer

Sifat virus komputer tidak jauh berbeza berbanding dengan virus yang lain. Virus biologi menjangkiti organisma manakala virus komputer menjangkiti komputer. Adakah terdapat kebarangkalian virus komputer menjangkiti manusia dan sebaliknya?

Virus biologi bermutasi dan berkembang biak di dalam perumahnya untuk kelangsungan hidup manakala virus komputer pula memerlukan inovasi manusia untuk meneruskan kegiatan jahat mereka sebelum dipadam oleh perisian anti-virus.

Dalam satu bicara mengenai sifat-sifat kehidupan, Profesor Hawking (tokoh Fizik) menyatakan bahawa virus komputer adalah sesuai untuk didefinasikan sebagai satu sistem yang hidup. Menurut beliau, walaupun virus komputer tidak mempunyai keupayaan metabolismanya tersendiri, virus komputer boleh mengeksploitasi metabolisma perumahnya iaitu komputer dengan cara menjangkiti dan menjadi parasit.

Seperti yang diketahui, sifat parasit yang ada pada virus biologi adalah dengan menggunakan segala sumber nutrien yang ada pada perumahnya untuk bereplikasi dan beranak-pinak. Manakala virus komputer pula menggunakan sumber pemprosesan CPU, storan (Hard Disk dan RAM) dan rangkaian (network) untuk replikasi dan menyebarkan legasinya. Itu sebabnya sesebuah komputer yang dijangkiti virus akan menjadi lembab berbanding kebiasaanya (yg memang lembab pun kalau dah xupgrade). Macam manusia kene virus demam selsema lah, mulalah nk buat kerja-kerja pejabat pun jadi lembab dan tidak produktif.

Akhir kata, dapat disimpulkan bahawa virus komputer adalah benda asing bukan hidup yang mana untuk setakat ini, masih tidak terbukti mampu menjangkiti organisma biasa seperti manusia. Meskipun memiliki ciri-ciri yang sama seperti virus biologi, ia tetap tidak mampu untuk bergerak walau seinci luar daripada komputer. Begitu juga dengan virus biologi, juga masih belum terbukti mampu menjangkiti sistem komputer.

The post Pengenalan kepada virus komputer appeared first on Root of Science.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.