RootOfSience

KAJIAN MENUNJUKKAN: PORNO MAMPU MEMBUATKAN ANDA MELUPAKAN ISTERI DI RANJANG DAN MAMPU MENYEBABKAN PERLAKUAN SUMBANG MAHRAM!

Sekitar 15-20 tahun lepas, terdapat sejenis ketagihan yang begitu pelik berlaku di kalangan masyarakat kita. Bukan, ia bukanlah ketagihan ganja ataupun gam. Tetapi adalah ketagihan tahi lembu!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan tidak kurang daripada 500 barangan domestik hingga kepada tahi kambing, lembu dan tahi kerbau boleh digunakan sebagai bahan untuk dihidu oleh penghidu gam di negara ini.

Boleh anda bayangkan? Bagaimana seseorang itu ketagih menghidu gam, ada pula yang ketagih menghidu tahi lembu. Dan sentiasa mendapatkan bekalan tahi lembu setelah habis.

Jijik bukan?

Tidak, sebenarnya.

Otak manusia memang mampu ‘diasuh’ agar menjadi ketagih terhadap perkara yang memberi ransangan yang kuat padanya. Walaupun ransangan tersebut adalah tahi lembu.

Bagaimana?

Pada otak manusia terdapat suatu bahagian yang bernama Pusat Ganjaran (Reward Centre). Pusat Ganjaran ini tugasnya adalah memberikan “ganjaran” terhadap perkara-perkara yang memuaskan seseorang.

Ianya seperti perasaan lega apabila kenyang, perasaan bahagia pada hubungan cinta yang kukuh, dan perasaan puas pada hubungan suami isteri.

Kaedahnya, Pusat Ganjaran ini akan merembeskan “bahan-bahan kimia nikmat” (pleasure chemicals) seperti dopamin kepada otak.

Seperti penghidu tahi lembu tadi, bahan-bahan kimia itu akan mendatangkan kelegaan dan perasaan puas hati pada mereka.

Tetapi terdapat satu kerumitan.

Bahan-bahan kimia itu juga akan menyebabkan penghidu tahi lembu tadi cenderung ‘menghafaz’ perasaan kelegaan itu, dan menginginkan agar ianya selalu diulang-ulang.

Ianya disebabkan setiap ransangan yang kuat (seperti tahi lembu) akan menjadikan saraf-saraf dalam otak berhubung antara satu sama lain secara-elektrikal, dan akan mencipta “laluan neuron” (neuronal pathway) yang jelas. Semakin kuat sesuatu ransangan itu, maka akan semakin kuatlah laluan neuron tersebut.

Analoginya, anda berada pada satu kawasan semak. Semakin anda mengharungi semak tersebut untuk ke tempat tujuan anda, semakin jelaslah laluan anda nanti. Ini akan menyebabkan jalan ke tujuan anda tadi akan semakin ketara dan anda boleh mengharunginya tanpa kesukaran.

Ini yang menyebabkan perkara yang tidak masuk akal seperti menghidu tahi lembu juga mampu mencipta laluan neuron yang kuat, mengakibatkan penagih ingin kembali dan kembali pada menghidunya.

Kecanduan menonton pornografi juga sebenarnya menciptakan ketagihan sebegini. Masalahnya, ada jenis kecenderungan porno ini menginginkan video-video yang menunjukkan perkara yang sebenarnya bukan fitrah keinginan seksual asal pada manusia.

Video-video porno yang teras-keras (hardcore) yang secara sengajanya meletakkan perempuan sebagai hamba dan objek pemuas nafsu akan sentiasa menjadi keinginan mereka yang sentiasa melihatnya, kerana itu sudah menjadi laluan neuron yang yang kuat pada otak.

Inilah yang menyebabkan perkara yang bukan fitrah menjadi keinginan yang diulang-ulang. Menjadi ketagihan. Inilah yang menyebabkan seseorang tergamak melayan video seks yang menyeksa perempuan, video seks incest (seks sesama ahli keluarga), video seks manusia dan haiwan, dan pelbagai lagi kegilaan yang ada.

Perkara yang asalnya jijik, memalukan, menyiksa, menyakitkan, menjadi sesuatu yang kelihatan normal pada penagihnya.

Kajian menunjukkan kecanduan porno boleh menjadikan cara seseorang individu memandang perempuan, seks, dan perhubungan (woman,sex, and relationship) berubah.

Pengguna porno mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk bersifat lebih ganas terhadap wanita, dan terdapat penyelidikan yang mengaitkan hubungan antara kecanduan porno dengan sifat menjadikan wanita sebagai mangsa (victimisation of women).

Malahan, penyelidikan pada tahun 2015 yang menganalisa 22 dapatan yang berbeza dari 7 buah negara berbeza menyimpulkan yang “tiada keraguan lagi, secara puratanya, individu yang menggunakan pornografi adalah lebih kerap mengambil sikap agresif secara seksual dan melibatkan diri pada aktiviti-aktiviti keagresifan seks.

Inilah yang mampu mengakibatkan seorang suami boleh ‘hilang selera’ terhadap isterinya disebabkan laluan neuron yang telah dibangunkan atas ketagihan terhadap aksi-aksi teras-keras seks yang menyeksa wanita tidak mampu dicapai pada hubungannya dengan isteri.

Juga inilah yang menyebabkan sesetengah penagih porno mencari mangsa rogol daripada kalangan ahli keluarga, kanak-kanak, binatang, warga emas, dan sebagainya.

Sudah tentu, artikel ini bukan bertujuan memukul rata porno sebagai satu-satunya sebab kerosakan yang maha dahsyat sedang berlaku di dalam masyarakat ini.

Tapi tanyalah diri anda: bukankah ia juga salah satu penyumbang yang terbesar padanya?

The post KAJIAN MENUNJUKKAN: PORNO MAMPU MEMBUATKAN ANDA MELUPAKAN ISTERI DI RANJANG DAN MAMPU MENYEBABKAN PERLAKUAN SUMBANG MAHRAM! appeared first on Root of Science.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.