Jumpa Dua Kanak² Ini Jalan Kaki Di Awal Pagi Dalam Gelap. Selepas Ditanya Rupa²nya… | PETALING JAYA: Di saat orang lain masih enak diulit mimpi, dua kanak-kanak yang masih berbaju tidur sanggup berjalan kaki dari Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.
Tanpa menghiraukan keadaan gelap dengan sepanjang jalan yang sunyi selain risiko anjing liar dan penjenayah, dua budak lelaki berusia antara lapan dan 10 tahun itu nekad untuk berjalan ke destinasi yang jauhnya berpuluh kilometer.
Mujur seorang lelaki yang prihatin secara kebetulan sedang memandu di jalan yang sama memberhentikan kenderaan lalu bertanyakan ke mana hala tuju mereka.
“Pakcik boleh tolong hantarkan kami ke Bukit Jalil, nak jumpa mak,” jawab salah seorang daripada kanak-kanak terbabit dengan muka sedih sehingga mengundang simpati.
“Jauh dik, pakcik nak pergi tempat kerja ni. Biar pakcik bawa adik ke balai polis dan abang polis tolong hantarkan,” pujuk lelaki tersebut dalam insiden pada kira-kira pukul 6.50 pagi itu.
Perbualan bersama dua kanak-kanak terbabit dikongsi lelaki prihatin itu kepada mStar Online selepas mengeluarkan ‘posting’ berhubung insiden di Facebook.
Ahmad Nazri Zainudin, 38, berkata, dia menghantar dua kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Saujana Utama untuk diserahkan kepada penjaga mereka.
“Ada dua tiga kereta yang lalu jalan yang sama sebelum saya tapi tidak berhenti. Saya rasa tak sedap hati kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulillah, saya dah serahkan mereka untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,” ujar Nazri yang bekerja di Subang, Selangor.
Jurucakap Balai Polis Saujana Utama mengesahkan insiden itu dengan mengambil butiran peribadi Nazri dan menghubungi penjaga kanak-kanak berkenaan.
“Mereka diambil oleh wakil penjaga dari Rumah Aman, rumah kebajikan di Saujana Utama pada kira-kira pukul 9 pagi. Laporan polis juga telah dibuat,” kata jurucakap polis.
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Rumah Aman, Abdul Rehman Dakri ketika dihubungi mengesahkan dua kanak-kanak itu merupakan pasangan adik-beradik yang baharu dihantar untuk ditempatkan di rumah kebajikan tersebut.
Bagaimanapun Abdul Rehman menjelaskan bahawa insiden berlaku mungkin disebabkan mereka sukar untuk membiasakan keadaan yang penuh disiplin di Rumah Aman yang diatur pelbagai aktiviti untuk setiap penghuni.
“Mereka masih mempunyai ibu dan ayah yang tidak berkemampuan dan mereka dihantar ke sini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Mereka mungkin tak biasa hidup dalam suasana seperti asrama yang ada jadual dan peraturan walaupun kami menyediakan makan minum dan tempat tinggal serta kemudahan pendidikan,” katanya mengenai Rumah Aman yang ditubuhkan sejak 2005 untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Ditanya bagaimana dua kanak-kanak tersebut boleh ‘terlepas’ dari pengawasan, Abdul Rehman berkata, dia akan meneliti perkara tersebut dengan kakitangannya.
Beliau menambah, rumah kebajikan itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan dan akan memastikan kakitangan memantau setiap penghuni.
“Bagaimanapun, saya memohon maaf di atas insiden yang berlaku pagi tadi. Kami akan memastikan kejadian tidak berulang. Jangan risau mengenai kanak-kanak ini kerana penghuni yang masih mempunyai ibu atau bapa boleh melawat mereka sekali setiap bulan.
“Saya sebagai penjaga sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka lebih daripada anak sendiri dalam membentuk mereka menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti,” katanya mengenai Rumah Aman bagi cawangan Saujana Utama yang menempatkan kira-kira 55 penghuni.
Sumber : Mstar
P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!
The post Jumpa Dua Kanak² Ini Jalan Kaki Di Awal Pagi Dalam Gelap. Selepas Ditanya Rupa²nya… appeared first on SINAR HARIANI.
Sumber: sinarhariani
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :