"Jangan Cari Salah Orang Lain" - Ini Respon Balas Suami Anzalna, Hanif Zaki
Kes kontroversi antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir turut membuatkan Anzalna terlibat sama.
Ini selepas pelakon popular ini memberi gelaran "meroyan" kepada isteri Aliff Aziz.
Teruk Anzalna dikecam orang ramai kerana kenyataannya itu.
Kemudian, Anzalna akhirnya membuat permohonan maaf kepada Bella dan juga orang ramai.
Anzalna akui kesilapannya membuat komen sebegitu.
Apabila Anzalna membuat kenyataan permohonan maaf, suaminya Hanif Zaki turut memberi sokongan penuh.
Hanif Zaki berharap orang ramai terima permohonan maaf dari isterinya.
Hanif Zaki juga berharap orang ramai tidak lagi mencemuh isterinya itu.
Ini komen dari suami Anzalna ini:
Alhamdulillah, inilah kenyataan dari isteri saya.
Janganlah mencari kesalahan orang lain hanya untuk melemahkannya, kerana kitapun belum tentu lebih baik darinya.
Akan selalu terlihat salah oleh orang yang tidak boleh berbesar hati melihat di sebaliknya.
Buat yg MENGUTUK, MEMERLI lagi pula MENGEJI, Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah swt.
InsyaAllah disusuli oleh kenyataaan dari adik ipar saya.
Kini hanya Afifah shaja belum lagi membuat sebarang kenyataan atau permohonan maaf. Mungkin perlu ambil masa.
Sumber: beritamemey
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :