Sensasi

Dua kanak-kanak perempuan didera keluarga angkat secara fizikal dan seksual


PERAK - Seorang wanita bersama dua anaknya ditahan kerana dipercayai mendera dua anak angkatnya secara fizikal dan seksual di Sungai Bayor, Selama, kelmarin, lapor Harian Metro. 

Dua beradik perempuan malang yang berusia lima dan enam tahun didera oleh keluarga angkatnya dan hanya diketahui selepas pihak Klinik Kesihatan Sungai Bayor membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mereka di tadika kawasan berkenaan jam 4 petang Isnin. 

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lai berkata, jururawat yang memeriksa dua beradik berkenaan menemui kesan kecederaan lama di tangan mangsa berusia lima tahun dan kecederaan di belakang seorang lagi mangsa dengan  kesan parut lama disyaki dirotan. 

"Kedua-dua kanak-kanak itu dalam jagaan pihak keluarga angkat dan mangsa juga didapati berada dalam keadaan trauma. 

"Hasil siasatan mendapati, kedua-dua mangsa adalah anak angkat yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mei 2015," katanya. 

Mangsa telah dibawa ke Hospital Selama untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh dengan bara rokok di bahagian badan dan kesan cubitan serta luka pada kedua-dua kemaluan mangsa dan juga kesan kemasukan pada kemaluan. 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan ibu angkat mangsa berusia 44 tahun, bersama dengan anak remaja perempuan berusia 15 tahun dan anak lelaki berusia 16 tahun untuk membantu siasatan. 

"Kedua-dua mangsa kini dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar," kata Loo Lian Lain.


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.