Ramai daripada penjual air alkali mengatakan bahawa meminum air yang beralkali adalah baik untuk penyembuhan kanser. Bahkan mengatakan sifat asid di dalam badan merupakan punca kepada kanser. Kata-kata yang mereka selalu ambil adalah daripada seorang ahli biologi bernama Otto Heinrich Warburg iaitu seorang penerima anugerah Nobel pada tahun 1931
Mereka ambil kata-kata daripada Warburg:
All forms of cancer have two basic conditions: Acidosis and hypoxia(lack of oxygen). Cancerous tissues are acidic whereas healthy tissues are alkaline
Saya tidak pasti adakah ini betul ataupun tidak kata-kata daripada Warburg. Tetapi ia tidak menjelaskan adakah benar air alkali membantu untuk membunuh ataupun mengelakkan badan kita daripada terkena kanser.
Kami telah membaca balik berkenaan kajian-kajian yang ditulis oleh Dr Otto sendiri berkenaan perkara ini. Di dalam kajiannya pada tahun 1956, dia ada menyatakan bahawa penyebab kanser adalah lebih kepada Mitochondrial Dysfunction.
Apa itu Mitochondria?
Mitochondria merupakan salah satu ‘organ’ di dalam sel yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga. Di dalam sel manusia, mitochondria akan menggunakan oksigen dan juga glukosa(gula) untuk menghasilkan tenaga.
Selain daripada itu, penghasilan tenaga daripada glukosa juga akan menghasilkan air dan karbon dioksida.
Dalam keadaan kekurangan oksigen, mitochondria masih boleh menghasilkan tenaga. Tetapi ia menggunakan proses lain yang dikenali sebagai ‘anaerobic metabolism’.
Dalam proses tersebut ia menghasilkan jumlah tenaga yang sedikit dan juga ASID LAKTIK.
Penghasilan tenaga dan laktik asid daripada glukosa
Apa yang berlaku dalam sel kanser?
Di dalam sel kanser, Fungsi mitochondria menjadi sedikit janggal. Mitochondria yang selalunya menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga tidak menggunakan oksigen lagi.
Sel ini akan menggunakan ‘anaerobic metabolism’ untuk menghasilkan tenaga sama seperti sel yang normal. Hasilnya sel-sel kanser ini akan menghasilkan jumlah asid laktik yang sangat banyak dan menyebabkan ‘cytoplasm’ sel kanser bersifat asid.
Kajian sekarang berkenaan punca kanser
Di dalam sel kanser, Fungsi mitochondria menjadi kacau bilau. Mitochondria yang selalunya menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga tidak menggunakan oksigen lagi.
Sebaliknya mitochondria itu akan terus menggunakan ‘anaerobic metabolism’ untuk menghasilkan tenaga sama seperti sel yang kekurangan oksigen.
Hasilnya sel-sel kanser ini akan menghasilkan jumlah asid laktik yang sangat banyak dan menyebabkan ruang di dalam sel kanser iaitu cytoplasm bersifat asid.
Apabila cytoplasm bersifat asid, sel tersebut akan mati dan mengeluarkan asid laktik dan menyebabkan kawasan sekeliling sel kanser pun menjadi sedikit berasid.
Nak bawa kefahaman disini bahawa, keasidan itu terjadi sebab sel tersebut yang menghasilkan asid. Bukan asid yang menyebabkan kanser berlaku.
Adakah minum air alkali membantu dalam sel kanser
Tidak. Air alkali tidak membantu. Ini disebabkan air alkali itu sendiri akan dineutralkan apabila masuk ke dalam perut yang bersifat asid. Dan masalah sebenar kanser bukan disebabkan sifat asid itu, tetapi genetik di dalam sel itu yang membuatkan sel tidak berfungsi dengan betul.
Apa yang menjadi mitos disini adalah:
1) Dr Otto Warburg tidak pernah menyatakan bahawa penyebab kanser adalah keadaan asid di dalam badan. Bahkan kanser itu sendiri menyebabkan keadaan dalam sel menjadi asid
2) Air alkali tidak membantu dalam penyembuhan kanser sebab ia tidak menyelesaikan masalah sebenar kanser itu sendiri. Lagipun, kealkalian air tersebut akan dineutralkan oleh asid di dalam perut.
The post Air Alkali dapat menyembuhkan kanser. Betul ke? appeared first on Root of Science.
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :