RootOfSience

VAKSIN MENYEBABKAN MUKA KANAK-KANAK LUMPUH. BETUL KE????

Ini adalah salah satu post yg telah viral di media sosial tahun lepas. Ia diviralkan balik pada tahun. Ibu asuhan tersebut mengatakan bahawa adanya kaitan di antara cucukan vaksin semasa selsema dgn komplikasi yang kanak-kanak dalam gambar itu hadapi sekarang.

Tetapi seperti biasa penjelasan yang diberikan hanya samar-samar dan lebih kepada pendapat sendiri.

Ikuti penjelasan dibawah selepas post daripada ibu tersebut

————————————————-
***POST YANG VIRAL***

Lagi dan lagi kes AEFI melibatkan kerosakan sistem saraf bayi.

“Anak asuhan saya telah mendapatkan suntikkan vaksin di klinik desa kpg melayu subang.

Semasa mengambil suntikkan vaksin tu dia baru baik dari selsema tapi tidak sepenuh nya. Pada sebelah petang bila dia menangis saye perasan mulut nya senget sebelah tapi saya tidak beritahu ibu nya.

Saya beranggapan dia sengaja buat mulut mcm tu…tapi keesokkan hari mulut nya tetap mcm tu…bila ibu nya pulang kerja dan ambil dia saya pun beritahu keadaan mulut anak nya..sebelah malam ibu nya bawa ke klinik untuk rawatan.

Doktor beritahu berkemungkinan semasa suntikkan jarum terkena urat saraf membuatkan ia bengkak..sbb sepatut nya vaksin untuk umur setahun di suntik pada paha bukan bahu..tetapi anak asuhan saya telah di suntik di bahu.

Doktor klinik telah meminta ibu anak asuhan saya merujuk ke pakar hospital…menurut pakar saraf anak asuhan saya telah bengkak dan tak berfungsi.

Punca nya bukan disebabkan suntikkan vaksin tetapi sebab semasa ambil suntikkan kanak2 tidak betul2 sihat..dan masih ada sisa kuman dalam salur urat, dan apabila mendapat suntikkan vaksin, ia telah menyebabkan kuman2 tersebut terkurung dalam salur urat.

Dan ia menyebabkan bengkak. Ada sesetengah nya kekal, tapi tak kurang juga yg akan baik sepenuhnya. Mulut anak asuhan saya senget dan bengkak seperti orang yg kene stroke. Semoga RAISSYA cepat pulih.”

Admin: Mohon doakan adik Raisya cepat sembuh.

Post penuh boleh baca disini: http://ift.tt/2tWoy39
——————————————————
******PENJELASAN KAMI*******

Post yang viral seperti ini sudah tentukan akan menyebabkan ibubapa yang mempunyai anak2 kecil ketakutan terutamanya ketika pemberian vaksin.

Malah mungkin ada yang terus menolak vaksin untuk diberikan kepad anak mereka.

Kami ingin menerangkan beberapa perkara berkenaan perkara ini.

KENAPA MUKA KANAK-KANAK ITU LUMPUH SEBELAH

Jika dilihat sekali imbas kanak-kanak itu lumpuh pada muka sebelah kiri. Ia seperti keadaan stroke dan dalam istilah melayu dipanggil sebagai ‘angin ahmar’. Ia melibatkan masalah pada saluran darah di bahagian otak hingga menyebabkan kurangnya perjalanan darah di bahagian otak yg terlibat. Lalu pesakit yang terlibat akan kelumpuhan. Tetapi kanak2 sangat jarang untuk kena stroke.

Ada satu penyebab lain yang menyebabkan keadaan seperti itu iaitu penyakit Bell’s palsy dan Ramsay Hunt syndrome. Kedua-dua penyakit ini adalah disebabkan pembengkakkan pada saluran saraf di bahagian muka. Ketika mana saeaf tersebut terlalu bengkak ia akan menyebabkan fungsinya terjejas lalu otot muka pun akan lumpuh.

Tetapi bagi kanak-kanak ini ia jelas disebabkan Bell’s palsy bukan stroke. Ia boleh dibezakan dgn kebolehan pesakit menggerakkan otot pada bahagian dahi sebelah kiri sahaja. Gambar itu menunjukkan kanak-kanak itu mampu mengerutkan dahinya sebelah kanan sahaja. Sebelah kiri dahinya berada dalam keadaan natural sama seperti bahagian mulut kirinya.

Gambar muka adik yang mengalami kelumpuhan bahagian kiri muka

Gambar ini menunjukkan bell’s palsy yang tipikal. Otot dahi bahagian sebelah kiri masih boleh berkerut.

APA PULA YANG MENYEBABKAN BELL’S PALSY?

Bell’s palsy selalunya berlaku apabila seseorang itu menghidapi selsema. Para saintis percaya bahawa virus yang menyebabkan selsema itulah yang menyebabkan pembengkakkan pada saraf dibahagian muka.

Sama seperti yang dicerita oleh ibu diatas. Kanak-kanak tersebut telah mempunyai simptom selsema terdahulu sebelum divaksin. Oleh itu, virus daripada selesema itulah yang menyebabkan pembengkakkan pada saraf muka bukan daripada vaksin. Kerana vaksin bagi kanak-kanak di Malaysia tidak mengandungi vaksin bagi virus selesema.

KALAU BAYI SELESEMA SAHAJA BOLEH CUCUK VAKSIN KE?

Bayi yang selesema sahaja boleh menerima suntikan vaksin. Ia bukan larangan. Yang menjadi larangan pemberian vaksin adalah mereka:

  • demam yang tinggi: 38.5 darjah celcius
  • mereka yang mempunyai imun sistem yang rendah
  • Ibu mengandung(dilarang memberi vaksin yang mengandungi kuman yang dilemahkan)
  • dan beberapa faktor yang lain

KENAPA KENA CUCUK PEHA BUKAN BAHU?

Selalunya cucuk pada bahagian bahu ini untuk BCG. Supaya parut BCG itu kelihatan dan senang untuk dilihat. Dan cucukan BCG hanya dibuat dibawah kulit sahaja. Tidak dicucuk sehingga ke dalam otot.

Manakala vaksin yang lain dicuck terus ke dalam otot. Dan selalunya kita akan memilih otot yang besar ketika pemberian vaksin. Sbb itu kita memilih peha sebab ototnya besar dan mampu menerima vaksin dgn kadar yang banyak. Tetapi pemberian vaksin pada bahu tidaklah 100% salah. Yang penting ia cucuk terus ke dalam otot. Pada bahu ada otot yang besar yang dipanggil sebagai deltoid.

Perlu diketahui bahawa cucukkan vaksin di bahagian bahu tidakklah menyebabkan bengkak pada saraf bahagian muka.

AGAKKAN KAMI BERKENAAN KATA-KATA DOKTOR YANG DIJUMPAI OLEH IBU MANGSA ADALAH:

– Sebelum ini kanak-kanak tersebut mempunyai selsema
– Selsema itu pula membuatkan saraf pada bahgian muka membengkak dan membuatkan ianya tidak berfungsi. Keadaan ini dinamakan Bell’s Palsy
– sebab itu otot mukanya menjadi lumpuh
– Kemungkinan besar bukan disebabkan vaksin. Sebab perkara ini pun selalu berlaku pada orang dewasa walaupun mereka tidak menerima vaksin pada waktu yang terdekat

KESIMPULAN

Vaksin tersebut tidak menyebabkan muka kanak-kanak itu lumpuh. Yang menyebabkan muka kanak-kanak itu lumpuh adalah selesema yang baru sahaja dihadapi olehnya


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.