RootOfSience

Siri Asas Kapal Terbang 1: Bagaimana Juruterbang Mengemudi Pesawat Pada Laluannya?

Pernah terfikir bagaimana kapal terbang dikendalikan? Bagaimana juruterbang mengemudi pesawatnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hingga ke Kota Kinabalu, contohnya? Apakah mereka menggunakan aplikasi GPS seperti WAZE dan Google Maps?

Sebenarnya, ‘navigation’ (pengemudian) pesawat telah mengalami perubahan-perubahannya, sesuai zaman yang berubah. Biarpun usia industri penerbangan ini relatifnya agak muda (kira-kira 100 tahun lebih), teknologinya berkembang dengan agak pesat.

PILOTAGE DAN DEAD RECKONING

Sebelum dunia penerbangan diperkenalkan dengan sistem yang moden, para juruterbang secara umumnya menggunakan ‘pilotage navigation’ dan ‘dead reckoning’.

‘Pilotage’ adalah kaedah pengemudian menggunakan mata kasar. Juruterbang akan menggunakan ‘landmark’ pada tempat destinasi seperti aliran sungai, jalanraya, mercu tanda yang dikenali, dan sebagainya. Ianya memerlukan kemahiran yang baik pada mengenalpasti persekitaran laluan, sepanjang menuju ke destinasi.

‘Dead Reckoning’ pula adalah kaedah yang hampir serupa dengan pilotage, tetapi ditambah dengan menggunakan radas seperti peta, jam, dan juga kompas.
Pengiraan terhadap ralat kompas (kerana selalunya kompas akan menunjukkan utara magnet, bukan utara bumi) akan dibuat. Ia juga akan menggunakan maklumat-maklumat yang ada seperti kelembapan udara dan arah angin untuk menentukan laluan.

BLIND FLYING

Kini, dunia penerbangan sudah menggunakan teknologi-teknologi yang canggih untuk pengemudian. Yang terkini ialah GPS, yang mana ianya menggunakan sistem satelit dan mampu mengurangkan ralat teknikal dengan drastik (walaupun tidak sepenuhnya).

Kaedah penerbangan menggunakan instrument-instrumen pengemudian ini digelar ‘blind flying’ di mana juruterbang tidak lagi memerlukan kepada melihat secara visual akan keadaan di luar secara seratus peratus.

VOR

Antara sistem pengemudian yang paling digunakan secara meluas hari ini ialah sistem VOR (VHF Omnidirectional Range). Sistem ini menggunakan antenna daripada badan pesawat (selalunya pada bahagian ‘vertical stabilizer’).

Antenna ini akan memancarkan gelombang (wave) kepada penerimanya di stesyen-stesyen VOR berdekatan laluan penerbangan pesawat. Ini dilakukan pada frekuensi pengemudian VHF (Very High Frequency).

Gelombang yang diterima stesyen VOR ini akan dipantulkan kembali kepada pesawat, lalu pesawat mendapat ‘arah’ penerbangannya.

Di seluruh dunia terdapat kira-kira 3000 stesyen-stesyen VOR.

Stesyen VOR di Upper Table Rock di Jackson County, Oregon, Amerika Syarikat.

WAYPOINT

Sebelum memulakan penerbangan, juruterbang akan memasukkan maklumat penerbangan pada sistem komputer-secara tipikalnya FMC (Flight Management Computer) untuk pesawat jenis Boeing 737-800.

Komputer ini akan menentukan ‘waypoint’ yang mana ‘waypoint’ ini adalah kedudukan stesyen-stesyen VOR sepanjang laluan pesawat. Pesawat akan secara ‘taat’nya mengikuti laluan waypoint-waypoint ini sehingga tiba ke destinasinya.

Ini bermakna, setiap lapangan terbang mempunyai waypoint-nya yang tersendiri. (Jika anda masih ingat kes penerbangan MH370 dahulu banyak disebutkan mengenai waypoint IGARI dan dan VAMPI, contohnya. IGARI dan VAMPI adalah antara kedudukan waypoint pada laluan penerbangannya.).

waypoint IGARI dan VAMPI

INSTRUMEN KOKPIT

Pada kokpit pesawat-pesawat moden terdapat instrumen-instrumen pengemudian yang akan menunjukkan maklumat-maklumat yang penting bagi para juruterbang.

VOR akan menjadikan juruterbang akan dapat melihat ‘headings’ (tujuan) pada laluannya. Headings ini akan dipaparkan pada instrumen yang berkaitan, untuk memudahkan tugas seorang juruterbang.

Contoh Instrumen kokpit Boeing 737-800

KESIMPULAN

VOR adalah antara contoh radas moden yang digunakan pesawat-pesawat masakini. Terdapat juga GPS (yang lebih canggih), ADF (yang agak terkebelakang) dan sebagainya.

Semuanya demi memberikan kemudahan pada juruterbang dalam pengemudiannya. Dan juga memastikan penumpang-penumpang kapal terbang dapat tiba ke destinasi mereka dengan selesa dan selamat

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.