Sebab Nak Jaga Hati Ibu Bapa. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Pada Isterinya Buat Ramai Orang MARAH !!! | Salam admin. Saya tahu dalam laman ini ramai perempuan. Tetapi saya pun ada kisah juga. Isteri saya ada masalah sikit dengan mak, ayah dan kakak sulung saya. Saya jadi serba salah, ada yang kata saya pengecut, tak tahu mendidik isteri dan macam-macam lagi.
Gambar Sekadar Hiasan. Sumber : Google Images
Sebenarnya isteri saya itu sudah cukup baik. Banyak yang dia ajar saya tentang agama. Sebelum kahwin, saya sembahyang tidak menentu. Selepas berkahwin, syukur solat penuh sampai sekarang. Puasa-puasa saya pun isteri saya tegur suruh ganti, yang mana masa zaman muda nakal-nakal dulu suka ponteng puasa.
Awal perkahwinan pun, isteri rapat dengan mak, ayah dan adik beradik saya yang lain. Dia ambil hati keluarga saya dengan belikan tudunglah, bawa pergi bershoppinglah. Saya gembira sebab dia rapat dengan keluarga saya.
Tetapi dalam tahun lepas, timbul sedikit isu sebab isteri saya menjawab ayah saya. Saya akui keluarga saya suka mengarah-arahkan saya dan isteri. Perkahwinan kami seperti dikawal oleh mereka. Saya tidak mempunyai masalah sebab sudah terbiasa. Tetapi isteri saya tak selesa.
Di depan isteri, saya masih mempertahankan keluarga saya walau apa pun keluarga saya katakan. Saya kasihan tengok isteri stress dan menangis. Tetapi saya tidak berani nak berkata apa-apa pada mak dan ayah. Saya sayang sangat pada mereka dan takut mereka pula kecil hati. Lagipun nanti mereka akan kata saya melebihkan isteri pula.
Sejak kejadian itu, saya kerap bergaduh dengan isteri disebabkan mak, ayah dan kakak saya marahmarah saya dan tuduh saya lebihkan isteri dari mak sendiri. Apatah lagi dengan perangai kakak saya yang suka menjadi batu api. Saya serabut sangat dan saya inginkan hubungan seperti sebelum ini.
Isteri saya dah meminta maaf dan menghubungi mereka melalui WhatsApp, malangnya semua tak jalan. Bila berjumpa pun, ayah tarik tangan bila isteri bersalaman dengannya.
Baru-baru ini saya bawa isteri balik beraya. Mak suruh saya masuk ke dalam solat. Makan semua biar dia dengan isteri saya uruskan di luar. Bila saya keluar, tengok-tengok mak saya menangis. Saya memang pantang dengan keadaan seperti ini, saya terus tolak kepala isteri yang pada ketika itu juga sedang bercakap di telefon. Lalu saya rampas dan baling sebab dia bersikap kurang ajar dengan mak saya.
Saya tahu saya salah tetapi kalau saya tak buat, nampak saya backup isteri saya dan mengenepikan mak dan ayah. Mak menangis memeluk saya. Bila masuk ke kereta, isteri saya kata,
“Sampai hati awak buat saya macam ini. Mak awak yang maki dan hina saya macam-macam bila awak tak ada. Bila awak keluar, dia buat drama menangis-nangis,”
Saya dah rasa lain macam tetapi saya tak mampu. Saya rasa stress sangat dengan perkara ini. Salah isteri saya kecil sahaja tetapi keluarga saya besar-besarkan. Tetapi saya dah tak mampu buat apa-apa.
Disebabkan perkara ini juga, saya selalu naik tangan pada isteri sampai lebam dan luka di badannya. Saya kasihan tapi saya tak tahan. Isteri saya cantik, kadang-kadang saya tak bersukur dia memilih saya yang tiada rupa dan harga ini dari ramai lagi lelaki lain yang mahukan dia.
Sebelum ini saya berstatus duda. Perkahwinan yang lalu tak sampai setahun sebab hal-hal begini juga. Keluarga saya masuk campur sehingga bekas isteri sengaja ada jantan lain agar saya sakit hati dan menceraikan dia. Tak apalah, perkara itu pun sudah lepas.
Sekarang, saya memang sayang sangat pada isteri saya ini. Namun dia nekad nak pergi ke mahkamah untuk failkan tuntutan cerai dan dia juga sudah tawar hati dengan saya.
Saya akui saya cerita tentang perkara ini kepada mak. Biasalah masalah rumah tangga, tetapi saya nak mak saya faham, bukannya menyerang isteri saya.Sebaliknya mak kata isteri saya derhaka, tak melayan suami membuatkan isteri saya betul-betul terasa. Ditambah lagi dengan ayah dan kakak saya selalu menengking dan memarahi dia.
Saya sayangkan isteri saya tetapi saya tersepit. Saya tak mampu nak bertegas dengan keluarga saya. Saya tak nak perkahwinan kedua saya ini hancur lagi kerana isteri saya ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya beritahu isteri yang saya akan upah peguam untuk lawan dia sebab saya tak nak lepaskan dia.
Sekarang dia nampak lembut hati sedikit sebab saya buat tanggungjawab saya. Saya tak pernah abaikan, saya tatang dia dengan kasih sayang sebelum ini. Cuma hal keluarga saya ini yang membantutkan segalanya. Keluarga saya burukan isteri saya pada saudara mara. Isteri saya betul-betul berputus asa.
Boleh tak bagi pendapat apa yang saya perlu buat supaya kedua-dua belah pihak tidak terluka? isteri saya pun dah mengalah tetapi keluarga saya tetap berkeras hati. Saya banyak dosa dengan isteri dan disebabkan keluarga saya, isteri saya mengalami depression. Isteri saya keguguran dan rasa saya bersalah pada dia, tetapi keluarga saya tak pandang semua itu. Saya tahu kelemahan mereka. Saya sayangkan kedua-duanya.
Sumber: KRT
P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!
The post Sebab Nak Jaga Hati Ibu Bapa. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Pada Isterinya Buat Ramai Orang MARAH !!! appeared first on HARIAN METRONI.
Sumber: harianmetroni
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :