Saya teringat padamu, yang sentiasa membuatku berasa intrig. Intrig kerana ingin mengenalimu, intrig kerana sentiasa terdapat sebuah buku di tanganmu. Tetapi selama dua tahun yang kita mengenali antara satu sama lain, tiada hubungan romantis diantara kita. Selama ini, kita hanyalah sahabat, walaupun saya pernah menyukaimu.
Awak pun pernah menyukaiku.
Tetapi terdapat pelbagai sebab kerana kita tidak bercinta. Walaupun perasaan kita membuak-buak di masa persahabatan kita, saya ternampak beberapa kebezaan kita. Ianya membuatkan rasa cinta itu resah. Seperti bukan untukku, dan juga seperti saya ini terlalu berbeza untukmu. Menyukaimu adalah sukar, kerana saya mempunyai teman lelaki pada masa itu. Itu adalah kesilapanku sendiri, tetapi apakan daya? Dia ingin mengongkong hatiku. Dia cemburu terhadap persahabatan kita. Awak cemburu terhadap hubunganku dengan dia, tetapi dia cemburu terhadap persahabatan kita.
Awak hormati perasaanku, lebih daripada teman lelakiku pada masa itu.
Walaupun begitu, tiada hubungan diantara kita. Mungkin kerana persahabatan itu cukup sahaja.
Mungkin kerana dimasa hadapan terdapat sedikit harapan untuk kita menjalinkan hubungan yang tergantung ini.
Tetapi saya merinduimu.
Dengan buku yang sentiasa berada di tanganmu, dan gelak ketawamu.
(Inspirasi: Thought Catalog)
See also:
The post Saya Pernah Menyukaimu, Tetapi Tiada Hubungan Diantara Kita appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :