Umum

Perkahwinan Dihalang. UGUTAN Remaja Dan Nenek Ini Buat Mereka Dikahwinkan !!!

Perkahwinan Dihalang. UGUTAN Remaja Dan Nenek Ini Buat Mereka Dikahwinkan !!! | Meskipun pada awalnya mendapat tentangan daripada ahli keluarga, namun cinta yang berputik dalam jiwa pasangan pengantin baharu ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mereka sehidup semati.

Selamet Riyadi, 16, dan Rohaya, 71, nekad meneruskan niat untuk mendirikan rumah tangga walaupun tidak direstui oleh ahli keluarga masing-masing kerana perbezaan usia antara mereka adalah 55 tahun.

Memetik portal Detik.com, pasangan pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai lalu di rumah Ketua Kampung, Kuswoyo, yang terletak di Dusun 1 Desa Karangendah, Sumatera Selatan, Palembang, Indonesia.

Pengantin lelaki muda itu memberikan hantaran sebanyak Rp 200 ribu (RM 642) kepada pengantin perempuan hasil wang pencariannya sendiri dan majlis akad nikah diwalikan oleh abang kandung Rohaya, Raup yang berusia 75 tahun.

Majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana itu turut disaksikan oleh ahli keluarga terdekat, penduduk kampung serta dihadapan Pegawai Pencatat Nikah.

Menurut portal itu lagi, perkahwinan Selamet dan Rohaya mencetuskan kekecohan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat kerana masing-masing membantah keputusan mereka untuk menjadi suami isteri.

Selamet yang tidak memiliki pekerjaan tetap meluahkan hasrat untuk mengahwini Rohaya sebulan sebelum Ramadan selepas mengenali wanita yang berpangkat nenek itu, enam bulan lepas.

Malah, kedua pasangan itu mengancam mahu membunuh diri sekiranya tidak dikahwinkan.

“Sebelum puasa, mereka dakan datang ke rumah saya dan bagitahu mahu nikah, tetapi tidak direstui pihak keluarga perempuan,” ujar Kuswoyo, memetik Detik.com, semalam.

“Dua hari kemudian mereka datang semula (ke rumah Kuswoyo) dan meminta jalan penyelesaian. Jika tak ada jalan keluar, keduanya nekad mahu mati.

“Mereka sempat bagitahu mahu bunuh diri kerana (masing-masing) sudah jatuh cinta dan (mahu) sehidup semati,” tambah Kuswoyo.

Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Kuswoyo berkata, penduduk kampung dan ahli keluarga akhirnya mencari jalan penyelesaian sebelum bersetuju mengahwinkan mereka dan akad nikah diadakan pada malam kelmarin.

Perkahwinan pasangan itu juga tidak bermotifkan faktor ekonomi atau kekayaan kerana kedua-dua mereka hanya daripada golongan biasa.

Kuswoyo menambah, ibu bapa Selamet sudah bercerai dan ibunya berkahwin semula.

Selepas ibu Selamet berkahwin semula, dia tinggal bersama keluarga angkat sebelum tinggal dengan Rohaya, enam bulan lalu.

“Pastinya (punca) tidak tahu apa, tetapi selepas tinggal di sana (rumah Rohaya) Selamet jatuh sakit malaria lebih kurang satu bulan. Ketika sakit itulah yang merawatnya adalah Rohaya seorang diri,” ujar Kuswoyo.

Sementara itu, pegawai Suruhanjaya Wanita, Sri Nurherawati berkata, semua pihak harus menghormati keputusan pasangan terbabit untuk mendirikan rumah tangga tanpa mengira perbezaan usia, asalkan ia tidak memberi peluang berlakunya kekerasan terhadap pengantin perempuan.

Kredit : Malaysian Digest

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Perkahwinan Dihalang. UGUTAN Remaja Dan Nenek Ini Buat Mereka Dikahwinkan !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.