Ini Pendedahan Wan Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Ketika Beraya Bersama Madunya, Dayana
Wan Sakinah merupakan isteri kedua kepada Ashraf Muslim. Isteri pertama Ashraf Muslim bernama Dayana.
Mengimbau kenangan ketika kali pertama beraya bertiga di Melaka,Kedua-dua isteri Ashraf Muslim ini meluahkan rasa syukur.
Ini kerana seluruh keluarga Ashraf memahami dan menerima kehadiran mereka berdua dengan hati yang terbuka.
Penerimaan ahli keluarga Ashraf membuatkan Sakinah selesa dan tidak kekok bersama madunya Dayana ketika beraya bersama.
Sama seperti ahli keluarga lain, layanan yang diberikan tetap sama malah anak mereka juga bebas bermain bersama-sama.
Ini komen Sakinah:
"Saya seronok kerana keluarga mentua tidak membeza-bezakan kami. Kami bebas berbual, malah akan bersama-sama menikmati hidangan atau keluar menziarahi saudara-mara. Penerimaan positif itu membuatkan kami tidak janggal setiap kali balik kampung,"
Wan Sakinah memberitahu lagi, keluarganya juga tidak kekok dengan sistem giliran yang diamalkan dan dibuat oleh Ahsraf.
Katanya, ia amat memudahkan dan mereka dapat merancang perjalanan pulang ke kampung neneknya di Kedah.
Ini komennya:
"Ashraf pernah sekali mengikut kami beraya di Kedah. Memandangkan jarak perjalanan agak jauh dan memakan masa, kami keletihan. Sejak itu, kami hanya beraya di Ipoh. Ibu dan ayah bagaimanapun, tetapi akan pulang ke Kedah selepas kami kembali ke Kuala Lumpur dan Melaka,"
Untuk pengetahuan ramai, kampung Ahsraf Muslim berada di Melaka. Isteri pertamanya iaitu Dyana pula, kampungnya di Gombak manakala kampung isteri kedua, Sakinah di Perak.
Sumber: beritamemey
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :