Sensasi

Ini Adalah Surat Terbuka Untuk Wanita-Wanita Yang Masih Tidak Berteman

Ianya bukan salah kamu kerana tidak mempunyai teman hidup. Ianya bukan kerana kamu “tidak cukup baik”, atau tidak layak untuk menjadi isteri orang. Ianya bukan salah kamu yang kamu tidak berteman.

Mungkin kamu sedang mencari hidayah, kerana terdapat iman di hatimu yang percaya kepada Tuhan.

Mungkin kamu sedang mencari duit untuk menampung dirimu.

Mungkin kamu tidak menginginkan hubungan itu.

Tetapi bagi saya yang ingin berteman, dan ingin berkahwin satu hari nanti: saya sentiasa tertanya. Saya bukannya sesorang yang serba kekurangan. Saya bukannya seseorang yang terlalu bergantung dengan insan yang lain.

Jadi kenapa saya berasa cemburu terhadap wanita-wanita yang tidak mempunyai teman? Kenapa saya ingin menjadi seperti kamu?

Mungkin kerana bagi saya memang sukar untuk mencari teman hidup. Kerana terdapat banyak syarat yang telah ditetapkan oleh orang-orang yang mengelilingi saya. Jadi kenapa hidup tanpa teman itu seperti terlalu sunyi untuk saya, walaupun saya sudah menyayangi diri saya sendiri?

Sudah lama saya berfikir, mungkin sebabnya adalah satu: kita sebegai perempuan telah diajar yang kita perlu berkahwin pada suatu hari nanti.

Walaupun itu mungkin salah, mungkin ianya benar, saya cemburu dengan wanita yang tidak mempunyai teman. Mungkin pada satu hari nanti saya akan menjadi cukup narsis untuk hidup seperti itu. Pada masa kini, apabila ramai orang yang bertanya jika saya mempunyai teman untuk kahwin, saya tidak pandai menjawab soalan mereka.

Terdapat pelbagai sebab mengapa ianya begitu sukar untuk saya menjawab.

Tetapi pada masa kini…

Biarlah kamu menyerlah dengan kecantikanmu.

Biarlah mereka mengenalimu dengan namamu dan bukan nama suami atau temanmu.

Biarlah mereka mengetahuimu sebagai insan yang lengkap dan sempurna dengan seadanya.

Sekian.

(Inspirasi: Thought Catalog)

The post Ini Adalah Surat Terbuka Untuk Wanita-Wanita Yang Masih Tidak Berteman appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.