Sensasi

Ini Adalah Sebab Mengapa Ramai Introvert Terjebak ke Dalam Hubungan Toksik

Para introvert terjebak ke dalam hubungan toksik, kerana mereka mampu menjaga diri mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan bantuan orang lain untuk memcari wang atau membersihkan rumah mereka atau menghiburkan mereka.

Tetapi sesetengah introvert adalah terlebih over dan fikir ianya baik-baik saja jika pasangan mereka tidak bersama mereka untuk mengelap air mata mereka dan membantu mereka apabila mereka di dalam kesusahan. Mereka fikir ia baik-baik saja bahawa pasangan mereka meninggalkan mereka untuk menanggung masalah-masalah sendiri.

Para introvert terjebak ke dalam hubungan toksik kerana mereka tidak pernah meminta banyak. Mereka tidak mengharapkan rakan kongsi mereka untuk membawa mereka keluar untuk temujanji yang mahal dan teks mereka kembali selepas dua saat. Mereka gembira dengan apa yang biasa.

Dan sesetengah orang akan mengambil kesempatan. Sesetengah orang akan menggunakan kebaikan introvert sebagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa yang baik untuk mereka. Mereka menggunakannya sebagai alasan untuk mengelakkan memanjakan mereka.

Para introvert terjebak ke dalam hubungan toksik kerana mereka sering memberi. Mereka adalah pendengar yang baik. Jenis orang yang tidak keberatan jika pasangan mereka bercakap dan berbincang tanpa bertanya balik.

Dengan senang, orang boleh sahaja “berjalan” di atas mereka, kerana mereka cuba untuk membuat pasangan mereka gembira, walaupun itu bermakna mengorbankan keperluan mereka sendiri. Mereka tidak peduli dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih peduli dengan orang yang tersayang.

Para introvert terjebak ke dalam hubungan toksik, kerana mereka tidak ingin melihat kebaikan mereka sendiri. Kerana mereka tidak percaya mereka berhak mendapat perhatian, jadi apabila pasangan mereka gagal memberikannya kepada mereka, mereka tidak akan menanyakannya.

Mereka menganggap bahawa hubungan toksik mereka adalah hubungan biasa. Mereka tidak akan nampak kesalahan hubungan mereka sehingga ianya terlambat.

Para introvert terjebak ke dalam hubungan toksik kerana mereka tidak dapat “klik” dengan ramai orang. Sudah jarang dan sukar bagi mereka untuk mencari seseorang yang membuat mereka berasa selesa, seseorang yang mereka sanggup mengorbankan masa untuk dengan bersama. Apabila mereka mencari orang seperti itu, mereka berpaut kepada mereka.

Sekalipun hubungannya menurun dengan cepat, mereka mencuba yang paling sukar untuk membetulkan apa yang rosak kerana mereka tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Mereka tidak mahu merosakkan apa yang telah mereka bina, berbanding dengan salah faham yang kecil.

Para introvert membenci konfrontasi seperti mereka yang suka perubahan. Mereka lebih suka memaling mata dan berharap perkara itu akan menjadi lebih baik daripada memulakan perkelahian yang tidak diingini. Mereka lebih suka menerima rawatan yang kurang baik daripada melawannya.

Selain itu, mereka sentiasa bimbang yang mereka akan dinampakkan sebagai terlalu emosi. Mereka takut yang masalah diantara mereka dan pasangan mereka adalah tidak besar, tetapi mereka tetap ternampak seperti overreacting. Jadi mereka terus menyimpan kesedihan mereka di dalam hati. Mereka memaksa diri mereka supaya tidak menangis.

Para introvert terjebak ke dalam hubungan toksik, kerana walaupun mereka tidak akan mengakuinya, mereka mahu disukai. Mereka mahu berasa diperlukan. Mereka mahu berada dalam hubungan yang akan berlangsung dengan lama.

Para introvert adalah orang yang jujur ​​dan boleh dipercayai – dan mereka mengandaikan bahawa pasangan mereka berkongsi moral tersebut. Mereka mengandaikan bahawa pasangan mereka tidak akan menyakiti mereka.

Mereka mengandaikan bahawa setiap orang adalah setia dan bijaksana.

(Inspirasi: Thought Catalog)

 

 

 

 

See also:

The post Ini Adalah Sebab Mengapa Ramai Introvert Terjebak ke Dalam Hubungan Toksik appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.