Umum

Hanya Dengan Alasan Nakal. Anak 5 Tahun Di Dera Dengan Menggantung Tangan Pada Bumbung. SAKITNYA !!!

Hanya Dengan Alasan Nakal. Anak 5 Tahun Di Dera Dengan Menggantung Tangan Pada Bumbung. SAKITNYA !!! | Kejam, bodoh dan tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran paling tepat buat pelaku selepas satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didera dengan kejam tersebar di media sosial hingga mencetus kemarahan orang ramai.

Berdasarkan pemerhatian pada video berdurasi 39 saat itu, pergelangan tangan kanak-kanak lelaki malang itu diikat dengan menggunakan tali plastik dan kemudian mangsa digantung pada palang bumbung. Mangsa yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 5 tahun itu menjerit kesakitan dan dilihat berhempas pulas cuba melepaskan ikatan yang menjerut pergelangan tangannya.

Difahamkan, pelaku yang tidak berhati perut itu bertindak menghukum kanak-kanak terbabit hanya kerana kenakalan kanak-kanak itu. Rata-rata yang telah menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan. Ramai mengharapkan pelaku segera ditahan pihak berkuasa serta dikenakan hukuman seberat-beratnya. Bagaimanapun sehingga lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih belum dapat dipastikan.

Mungkin banyak sebab kenapa ibu bapa kepada kanak-kanak ini bertindak sedemikian. Antaranya mungkin disebabkan pelaku menghadapi tekanan di tempat kerja dan masalah tersebut dibawa balik ke rumah. Oleh kerana gagal mengawal stres, anak-anak yang tidak berdosa menjadi tempat melepaskan geram.

Ingat! jika hendak “mengajar anak” biarlah berpada-pada kerana penderaan boleh mendatangkan trauma dan implikasi negatif terhadap kehidupan anak-anak dalam jangka masa panjang.

Sumber: Kaki Share

The post Hanya Dengan Alasan Nakal. Anak 5 Tahun Di Dera Dengan Menggantung Tangan Pada Bumbung. SAKITNYA !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber: siakapkell


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.