Umum

Bayi 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 6 Apartment Tanpa Ada Kecederaan, RESPON Bapanya MENGEJUTKAN Ramai !!!

Bayi 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 6 Apartment Tanpa Ada Kecederaan, RESPON Bapanya MENGEJUTKAN Ramai !!! | Pada 23 Jun yang lalu, satu kejadian yang menggerunkan telah menjadi berita hangat di Bronx apabila seorang bayi perempuan berusia dua tahun jatuh daripada tingkat enam apartmentnya.

Audrianna Dzyuba atau nama panggilannnya ‘Angel’ dari New York City dikatakan telah terjatuh daripada tingkap biliknya yang tanpa sengaja dibiarkan terbuka.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan ini, Kelley Dzyuba menyatakan Angel memang gemar duduk di tingkap tersebut sambil bermain tabletnya. Walau bagaimanapun, Kelley menegaskan bahawa tingkap tersebut tidak pernah dibiarkan terbuka.

Akan tetapi, malang tidak berbau. Kanak-kanak ini telah berkongsi bilik bersama sepupunya, Isabelle Goff, 17 tahun yang membuka tingkap tersebut dan terlupa untuk menguncinya kembali.

“Saya terdengar bunyi hentakan dan kemudian saya mendengar Isabelle menjerit ‘Dia terjatuh dari tingkap!’. Pada fikiran saya, saya telah kehilangan anak saya. Tetapi apabila saya melihat ke bawah, Angel kelihatan bergerak untuk bangun dan duduk. Saya berharap dia tidak apa-apa dan terus berlari menuruni tangga untuk mendapatkannya,” kata bapa Angel.

Kredit: Cetakan skrin YouTube/CBS New York

“Sehingga kini, jantung saya masih berdegup kencang apabila mengingati peristiwa tersebut. Ia adalah satu keajaiban yang tidak terungkap”.

Jirannya yang menetap di tingkat kedua cuba membantu menarik Angel daripada bumbung memandangkan bapanya tidak berjaya mencapai anaknya itu.

Kredit: Cetakan skrin YouTube/CBS New York

“Ianya sangat mengejutkan. Angel hanya mengalami lebam pada lengan kanannya. Tiada tulang yang patah dan tiada sebarang kecederaan serius,” tambah bapanya.

Angel kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Jacobi untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bapanya, Alex menyatakan, “Angel mungkin akan menjadi seorang ahli gimnastik. Saya berasa sangat lega kerana dia masih hidup dan tidak apa-apa”.

Kisah yang sangat menakjubkan. Siapa sangka bayi ini mampu terselamat walaupun telah terjatuh dari bangunan yang sangat tinggi.

Kredit : Era Baru via CBS New York

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post Bayi 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 6 Apartment Tanpa Ada Kecederaan, RESPON Bapanya MENGEJUTKAN Ramai !!! appeared first on BISKUTMANIS.



Sumber: biskutmanis


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.