Berapa ramai yang mempunyai ilmu mengenai barang kemas? Rata-ratanya tiada dan kebanyakannya hanya menaruh kepercayaan terhadap peniaga barang kemas 100%. Tiada masalah beli membeli barang kemas, tetapi bila nak jual barang kemas itu semula, timbul beberapa keraguan.
Ada yang kata, barang kemas yang chrome putih itu tidak laku, tiada nilai bagai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas berkenaan kononnya tiada kedai yang lain akan menerima barang kemas seperti itu.
Tetapi menurut penjelasan dari Syafikah Shafiee ini, itu sebenarnya adalah taktik peniaga untuk mendapat untung lebih.
Sedikit ilmu tentang emas putih atau chrome.
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. Tauke kata, "Amoi, ini talak laku. Wa ambik murah-murah saja. Kalau lu jual tempat lain, olang talak ambik."
Orang kita lebih percayakan tauke Cina dan tak percaya dengan kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.
Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau 'bleaching'. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.
Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.
Sumber: Syafikah Shafiee
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :