RootOfSience

Apakah itu AEFI (Adverse Events Following Immunisation)?

Ramai juga ibu bapa yang mengambil keputusan untuk tidak memberi vaksin kepada anak mereka kerana ditakut takutkan dengan berita yang belum tentu sahih selepas pemberian vaksin.

Banyak perkara yang berlaku selepas divaksin, sama ada berkaitan atau tidak, dilonggokkan sekali bersama sama. Seringkali insert vaccine yang disertakan(penerangan dalam kertas yang menceritakan tentang vaksin) digunakan sebagai hujah kenapa vaksin itu adalah merbahaya.

Perkara yang sering diutarakan adalah AEFI(Adverse Event Following Immunization). Perasan tak ianya EVENT(perkara yang berlaku) bukannya EFFECT(kesan). Namun semua perkara juga terselit sekali dengan AEFI walaupun ianya tidak tepat mahupon benar.

Perkara yang boleh berlaku dapat dikategorikan kepada 3 jenis. Perkara ini juga diambil kira dengan pengawasan dan pemerhatian yang sama, tidak kira ianya berkenaan vaksin, ubat atau rawatan perubatan yang diterima.

1) SIDE EFFECT/ KESAN SAMPINGAN

-ianya adalah perkara2 yang berlaku yang sudah diketahui, dijangka dan juga memang selalu berlaku. Ianya merupakan salah satu kesan akibat pengambilan vaksin/ubat/rawatan itu sendiri.

Contohnya kalau anda mengambil ubat untuk penyakit TB, iaitu Rifampicin, ianya dapat menukar warna air kencing anda kepada warna oren! Jangan risau ianya tidak memudaratkan dan hanyalah salah satu kesan sampingan. Kalau tak ambil, tiada air kencing bertukar warna.

Sama jugak selepas pemberian vaksin, lokasi dimana vaksin itu disuntik boleh bengkak atau menjadi kemerah merahan. Memang kita jangka(expect) untuk ianya berlaku.

Untuk perkara2 seperti ini, tiada langkah lanjut atau rawatan/ubat spesifik kita beri sebab kesan2 seperti ini tidak memudaratkan dan tidak berpanjangan

2) ADVERSE REACTION/ REAKSI BURUK

-perkara ini pula jarang berlaku tapi kita tetap mengambil kira. Majoriti kes adalah disebabkan reaksi tubuh badan atau sistem imun kepada vaksin/ubat/rawatan yang diberikan.

Contohnya ubat antibiotik Penicilin secara tiba2 menyebabkan kegatalan yang teruk. Ianya merupakan reaksi kepada ubatan paling common sekali dialami oleh pesakit. Sebab itu sebelom pemberian kita akan bertanya, adakah pesakit pernah ada sejarah mengalami apa2 reaksi kepada sesetengah perkara.

Satu lagi contoh adalah selepas divaksin, anak akan mengalami demam. Tetapi tidak semua kanak2 yg diberikan vaksin akan mengalami demam. Kita tetap mengambil kira sekiranya ianya berlaku dan membekalkan ubat demam seperti Panadol contohnya yang boleh diberikan andai ada demam tersebut.

3) ADVERSE EVENT/ PERKARA BURUK

-perkara ini yang sering dicanangkan sebagai AEFI oleh pelbagai pihak walaupon ianya TIADA KAITAN langsung dengan pemberian vaksin tersebut.

Perkara ini adalah senarai apa yang telah berlaku semasa kajian klinikal keatas vaksin tersebut(apa orang report selepas diberi vaksin) TIDAK KIRA sama ada ianya berkaitan dengan itu vaksin atau tidak. Ianya turut mengambil kira EVENTS(perkara2 yang berlaku) semasa post marketing surveillance(dijual dan digunakan kepada masyarakat umum). Sama juga tidak kesah ada kaitan dgn vaksin atau tidak, ianya tetap perlu disenaraikan.

Ini adalah kerana vaccine insert adalah sejenis naskah legality(perundangan) yang DIWAJIBKAN oleh pihak berkuasa dalam semua vaksin/ubat/rawatan. Walaupon ianya tiada kaitan, selagi ianya tetap berlaku selepas penerimaan, akan masuk senarai.

Sebab itu anda boleh melihat Autism disenaraikan sebagai salah satu ADVERSE EVENT dalam insert vaksin Tripedia tetapi dalam senarai yang sama, terdapat juga drowning(mati lemas) dan juga motor vehicle accident(kemalangan jalan raya) turut disertakan dalam insert yang sama. Ini kerana SEMUA perkara itu berlaku selepas seseorang itu menerima vaksin.

***

Seeloknya dapatkan penilaian mereka yang bertauliah tidak kira apa2 jenis perkara yang berlaku selepas penerimaan vaksin. InsyaAllah dipermudahkan.

Ini page insert vaksin Tripedia page 3. Page 4 pula disertakan kajian dibawah ini.

 


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.