Kimia adalah satu cabang sains yang mengkaji tentang komposisi bahan, struktur bahan, ciri-ciri bahan dan tindak balas sesuatu bahan dengan bahan yang lain. Sejarah kimia dapat dikesan kepada alchemy yang telah dipraktikkan beratus tahun dahulu di beberapa bahagian di dunia ini. Kimia juga dikenali sebagai titik pusat sains kerana menjadi jambatan antara beberapa cabang lain seperti fizik, biologi dan geologi.
Apa itu perkataan kimia?
Perkataan kimia berasal dari alchemy yang dipinjamkan daripada bahasa Arab, al-kimiya. Alchemy adalah sebuah praktik yang diamalkan oleh manusia di zaman dahulu kala yang bertujuan menukarkan logam biasa (base metal) seperti plumbum kepada logam berharga (nobel metal) seperti emas, pembuatan philosopher’s stone (yang menjadi tema pengembaraan dan perjuangan Edward Elric dan Alfonso Elric dalam Fullmetal Alchemist) dan elixir of life (minuman yang memberikan hidup kekal abadi seperti dalam filem kungfu The Forbidden Kingdom). Kimia moden yang berkembang daripada alchemy telah jadi begitu meluas sehingga meliputi cabang sains makanan, farmasi dan kimia kuantum.
Jadi dengan memahami istilah dan konsep kimia, dapatlah disimpulkan bahawa hampir setiap bahan yang berada di sekeliling kita adalah bahan kimia – udara, air kosong, asap, nasi lemak, minyak, pintu, atap, kerusi dan pelbagai lagi.
Jadi mengapa sebahagian manusia begitu alergik dengan kimia? Adakah kimia itu berbahaya. Jawapannya ‘ya’ dan ‘bukan’. Asap rokok adalah bahan kimia berbahaya manakala udara adalah bahan kimia yang sangat diperlukan dalam kehidupan. Air kosong adalah bahan kimia yang sangat diperlukan oleh manusia dan haiwan manakala hidrogen peroxide adalah bahan kimia berbahaya.
Air adalah contoh sebatian kimia (yang dipanggil molekul) yang terdiri daripada dua atom hydrogen dan satu atom oksigen. Hydrogen peroxide pula terdiri daripada dua atom hydrogen dan dua atom oxygen. Hanya perbezaan satu atom oxygen memberikan klasifikasi ‘selamat’ atau ‘berbahaya’.
Molekul Air yang mengandungi 2 atom hydrogen dan satu atom oksigen
Molekul hidrogen peroxide yang mengandungi 2 atom oksigen dan 2 atom hydrogen
Jadi, persoalannya ialah bagaimana menentukan sesuatu bahan kimia itu selamat seperti air (H2O) atau berbahaya seperti hidrogen peroxide (H2O2)? Adakah formula atau rumus umum? Malangnya tiada. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengkaji sesuatu bahan itu dan tindak balasnya dengan bahan lain untuk menentukan klasifikasi ‘selamat’ atau ‘bahaya’.
Tetapi, berita baiknya ialah, sebahagian bahan kimia yang berbahaya tidak memberi kesan buruk jika diambil dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya gula. Kebanyakan bahan kimia di sekeliling kita sudah dikenal pasti akan tahap keselamatannya. Contohnya gula, garam, asid uric (yang boleh didapati dalam seafood), bayam perlu diambil dalam kuantiti yang minima untuk mengelakkan penyakit tidak di ingini seperti diabetes, stroke, darah tinggi, gout. Susah juga kalau mahu main badminton bila ada gout.
Perkataan ‘kimia’ seringkali difitnah apabila melibatkan makanan. Makanan itu tidak boleh makan kerana ada bahan kimia, makanan ini tidak boleh makan kerana ada bahan kimia. Pandangan ini adalah salah sama sekali kerana hampir semua yang ada di sekeliling kita adalah kimia seperti udara dan kecuali. Yang terkecuali daripada menjadi bahan kimia mungkin adalah cahaya dan cinta. Gelas kaca adalah selamat untuk diminum berbanding gelas plastic yang mengandungi BPA. Inilah contoh bahan kimia yang tidak terikat kepada makanan dan minuman sahaja.
Apa pula Organik?
Apa pula organik? Organik dari sudut pandang kimia bermaksud bahan kimia yang mengandungi karbon atom seperti karbohidrat, asid amino dan gula (walaupun ahli kimia masih berbalah untuk pendefinisian yang tepat antara organik vs inorganik).
Istilah organik juga digunakan dalam makanan seperti makanan organik (organic foods) untuk menerangkan bahawa makanan tersebut bebas dari penggunaan bahan yang dibuat secara proses kimia kerana dibuat secara alami (organik).
Daripada sudut perbahasan ilmiah, istilah ini bermasalah kerana hampir semua proses yang terjadi disekeliling kita seperti fotosintesis adalah proses kimia. Memasak char kotiaw udang sehingga terbakar kuali dan bumbung rumah juga adalah proses kimia. Jadi, saya sebenarnya masih ragu dan tertanya-tanya proses apa yang tidak melibatkan proses kimia dan bahan kimia.
Makanan organik adalah baik secara umum bukanlah kerana ia tidak melibatkan bahan kimia, tetapi kerana tidak melibatkan bahan kimia berbahaya. Masihkah kau ingat bahawa bahan kimia diklasifikasikan kepada dua: selamat dan berbahaya? Untuk mengetahui makanan organik mana yang bagus dan tidak, ia harus dilakukan secara case by case (melihat satu per satu), bukannya secara umum.
Dan masih juga tidak bukti kukuh untuk mengatakan bahawa makanan organik adalah lebih baik daripada makanan tidak organik. Secara umumnya walaupun organic farming (teknik berkebun untuk menghasilkan makanan organik) adalah kurang menggunakan tenaga dan menghasilkan sisa, kajian mendapati organic farming menjuruskan ke arah peningkatan green house gases (seperti karbon dioksida dan methane) dan juga sebatian berbahaya yang mengandungi nitrogen (ammonia, nitrous oxide) ke udara yang kita sedut. Rujuk article terbitan Oxford University: Organic Farms Not Necessarily Better for Environment, 04 Sept 2012.
Kesimpulan
Jadi, kesimpulannya ialah perkataan ‘kimia’ tidak harus difitnah untuk melariskan produk jualan kosmetik, makanan dan supplements. Tiada yang betul-betul bebas bahan kimia. Hampir semuanya adalah kimia kecuali cinta dan cahaya. Janganlah orang awam terlalu alergik dengan perkataan kimia. Begitu juga dengan perkataan organik. Tidak perlu ditunggang perkataan organik ini untuk melariskan jualan makanan, produk kosmetik dan supplements.
Penulis: Dr Mat Kuantum
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa like page kami Root of Science
Sumber: RootOfSience
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :