VIRAL Suara Dari Kubur Di Tumpat. Ini Komen Mufti Kelantan Yg Buat Ramai WOW !!! | Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, suara aneh seperti lelaki bertempik dari kubur yang didakwa didengar seorang pekerja Majlis Daerah Tumpat dua minggu lalu, berkemungkinan besar adalah gangguan daripada iblis dan syaitan.
Menurutnya, iblis dan syaitan mengganggu anak-anak Adam dan tujuannya tiada syak lagi mahu menakut-nakutkan manusia.
“Tidak boleh menolak kewujudan makhluk halus ini. Mereka boleh meniru suara atau menyerupai sesiapa sahaja yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
“Begitu pun keadaannya, manusia tidak seharusnya takut, sebaliknya hantu yang perlu takut pada manusia kerana iblis adalah ‘kuli’ manusia. Jika kita takut, macam kita pula ‘kuli’ mereka,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Mahadi Mat Salleh, 45, yang mengakui mendengar suara aneh dari kubur yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Mohamad Shukri berkata, sebagaimana disebutkan dalam Surat Al-Baqarah ayat 30, ALLAH SWT memilih manusia sebagai tuan di muka bumi dan bukan pula malaikat mahupun iblis atau syaitan.
Tuan atau khalifah bermaksud penguasa yang mengatur segala isi di bumi, seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan, air, sungai, gunung-ganang, lautan dan sebagainya untuk kesejahteraan semua.
Merujuk kepada firman ALLAH itu, manusia diangkat darjatnya melebihi makhluk lain dan seharusnya tidak perlu takut kepada perkara ghaib di sekeliling terutama pada iblis serta kaum kerbatnya.
“Suara itu pula janganlah dikaitkan dengan sesiapa yang sudah meninggal dunia kerana bimbang akan menimbulkan perbalahan sesama manusia. Tugas manusia yang masih hidup ini adalah mendoakan perkara yang baik-baik kepada Allahyarham.
“Gunakan kaedah dalam Islam yang mewajibkan kita menyelidik kesahihan sesuatu berita, tidak cukup hanya satu saksi, paling kurang perlu dua yang mengalami perkara sama dan jangan kita terima bulat-bulat sahaja perkara yang disampaikan.
“Sekiranya mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur, memang wujud, namun taraf nabi sahaja yang boleh mendengarnya dan setara mana sekalipun kekuatan orang biasa, tidak akan boleh hingga dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian semalam, Mahadi yang tinggal di rumah bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar, Tumpat, menceritakan dia terkejut selepas mendengar suara lelaki bertempik sebanyak tiga kali ketika keluar ke belakang rumah untuk mengambil tukul kira-kira jam 10 malam.
Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama dialaminya kerana dia dan isteri Rohani Yusoff, 39, pernah mendengar suara perempuan menjerit dari kubur sama ketika menaiki motosikal menuju ke masjid berdekatan untuk solat Maghrib, tahun lalu.
Mahadi yang sudah 11 tahun tinggal di situ turut mengaku tidak takut dengan perkara yang dialaminya itu dan berharap orang ramai juga bersama-sama memelihara akidah bagi mengelak daripada terpesong.
Sumber: Sinar via Eberita
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post VIRAL Suara Dari Kubur Di Tumpat. Ini Komen Mufti Kelantan Yg Buat Ramai WOW !!! appeared first on JOM MELANCONG.
Sumber: jommelancong
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :